
Cesc Fabregas telah menjaringkan satu gol volley yang cantik untuk mencatatkan kemenangan ke atas Porto 2-0. Sekaligus memenangi UEFA Super Cup dan meneruskan pesta tanpa henti kemenangan Barcelona dalam perlawanan awal pagi tadi.
Fabregas hanya memanaskan bangku simpanan sebelum dimasukkan pada 10 minit terakhir. Gol terhasil apabila dia menyambut hantaran Lionel Messi dengan menahan bola mengunakan dada dan seterusnya melakukan satu volley cantik.
Ini bermakna Fabregas sudah mendapat dua trofi dalam tempoh 10 hari dia menyertai Barca. Untuk rekod, Barca sudah pun memiliki Piala Liga Sepanyol dan juga Piala Liga Juara-juara.
Dan ketika bersama Arsenal - Fabregas hanya memenangi dua piala sahaja iaitu Piala FA dan Charity Shield. - TD
Video & Gambar perlawanan Barca vs Porto
Link Download Highlights - http://terkinidunia.blogspot.com/2011/08/uefa-super-cup-2011-barcelona-vs-fc.html



tahniah fabregas =)
ReplyDelete