BANGKOK – Kuala Lumpur muncul sebagai Destinasi Bandar Raya Terulung Asia pada Anugerah Pengembaraan Dunia 2011 di sini.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman web anugerah tersebut.
Pemenang kategori itu tidak diumumkan semasa Anugerah Pengembaraan
Dunia bagi rantau Asia dan Australiasia ke-18 yang diadakan di sebuah
hotel di sini malam tadi, kerana penerimanya tidak menghadiri majlis
tersebut.
Kuala Lumpur turut dikenali dengan menara berkembar tertinggi dunia
iaitu Menara Berkembar Petronas, beserta gabungan landskap moden dan
lama dengan gerai-gerai penjaja dan bangunan rumah kedai sebelum perang
dicelah-celah bangunan pencakar langit dan canggih.
Laman web itu turut mengumumkan Hotel Pan Pacific di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pemenang kategori Hotel Lapangan
Terbang Terulung Asia.
Bagi ketegori Malaysia; Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur diumum
pemenang Hotel Perniagaan Terulung Malaysia; Sheraton Imperial, Kuala
Lumpur sebagai Hotel Terulung; Sheraton Langkawi Resort sebagai Resot
Terulung dan The Westin Langkawi Resort & Spa sebagai Spa Resot
Terulung. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment