Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Wednesday, September 14, 2011

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan


PENGARAH Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (tiga dari kanan) pengurus QPR, Neil Warnock (empat dari kanan) pada majlis penajaan MAS dan AirAsia sebagai penaja jersi QPR di London semalam.



PENGLIBATAN Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bagi menaja jersi kelab Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana England (EPL) dalam tempoh dua musim disambut baik oleh pelbagai pihak.

Ini kerana ia mampu melonjakkan jenama kedua-dua syarikat penerbangan negara itu di peringkat global.
Namun bagi bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (gambar kecil), beliau secara peribadi berharap MAS yang juga salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perlu mula memainkan peranan dengan lebih aktif dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Katanya, langkah yang diambil MAS itu mengejutkan sesetengah pihak memandangkan penglibatan syarikat tersebut selaku penaja jersi pasukan yang bertanding dalam EPL memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Kita menyokong kesediaan MAS bersama AirAsia membuat tajaan yang tentunya menguntungkan jenama dan mengukuhkan kedudukan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

"Tetapi kita juga boleh memper- soalkan kewajaran pelaburan sedemikian sedangkan MAS sebelum ini kurang memberi perhatian kepada tajaan terhadap pembangunan bola sepak tempatan," katanya selepas menghadiri majlis Aidilfitri Pertubuhan Peladang Batu Kurau, Selama, Perak semalam.

Raja Ahmad berkata, sepanjang pembabitan bersama FAM sejak lebih sedekad lalu, beliau mengakui MAS pernah membuat tajaan, namun dalam skala kecil.

"Dengan penglibatan MAS dalam EPL, apakah yang dapat dilakukan GLC itu terhadap (pembangunan) bola sepak negara?

"Kita seboleh mungkin mahu MAS memberi peluang yang sama, mungkin menaja pasukan bola sepak tempatan tertentu atau sekurang-kurangnya menubuhkan akademi bola sepaknya sendiri," katanya.

Apa yang lebih penting, Raja Ahmad Zainuddin yang kini masih aktif dalam FAM berkata, MAS harus memberi justifikasi sewajar- nya penglibatannya dalam penajaan pasukan bola sepak.

"Kita tidak mahu kelak ramai mempertikaikan penajaan MAS, bahkan kita juga tidak mahu pemi- nat tempatan mempersoalkan mengapa mereka melabur di EPL, sedangkan di sini (Malaysia), GLC itu tidak berbuat apa-apa," kata- nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...