NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun
dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika
pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001,
lapor sebuah akhbar semalam.
Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara
bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan
satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.
Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut
dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang
memalukan.
Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir
dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada
pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.
"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan
saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang
anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen
McArdle-Schulman.
"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan
pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat
mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.
Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak
berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu
terjun.
Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka
jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk
mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.
WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri
daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada
1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2
bilion).
Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat
Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian
itu meragut 2,753 nyawa.
Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media AS.
Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh
diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar
imej negara.
Sementara itu, kawalan keselamatan di sini dan beberapa lokasi utama
lain di AS diperketatkan menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden
serangan pengganas ke atas AS hari ini. - Agensi
Beberapa gambar yang didapati di Google:
argghhh..ngerinyeee..baru tahu hal ni melalui blog ni..tq tq
ReplyDelete