Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Sunday, September 11, 2011

Alex Ferguson Terperanjat

Sir Alex Ferguson

Sir Alex Ferguson mengakui bahawa beliau sangat kagum dan terperanjat dengan persembahan barisan pemain mudanya mengharungi permulaan musim ini walaupun cabaran yang diberikan pasukan lawan agak sukar.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Bolton semalam, Sir Alex Ferguson memberitahu: "Sebelum perlawanan, saya menjangkakan perlawanan menentang Bolton ini merupakan satu perlawanan yang sukar tetapi para pemain dapat mengharunginya dengan baik," kata Sir Alex kepada MUTV.

"Banyak perlawanan besar akan dihadapi nanti. Menentang Chelsea Ahad depan dan kita akan ke Lisbon pada hari Rabu ini di mana itu merupakan satu perlawanan penting. Benfica sentiasa menjadi lawan yang kuat dan itu merupakan satu lagi perlawanan yang sukar."

Chicarito meraikan jaringan keduanya bersama Rooney.

Sementara itu, Sir Alex memuji gandingan Rooney dan Chicarito yang masing-masing menjaringkan 3 gol dan 2 gol dalam perlawanan menentang Bolton semalam.

"Dia merupakan ancaman terhadap mana-mana pertahanan," kata Sir Alex mengenai Chicharito. "Jika kamu melihat gol pertamanya, pergerakkan dan kepantasannya berada di depan pertahanan merupakan satu tindakan yang sangat hebat."

Bercakap mengenai prestasi Rooney yang semakin meningkat dalam setiap perlawanan, Sir Alex berkata: "Semuanya bergantung kepada kematangan. Dia di pertengahan 20-an dan saya sentiasa percaya pemain yang berada di peringkat umur ini mempunyai penguasaan dalam permainan, ketepatan dalam membuat keputusan dan kebolehan mereka untuk mengawal perlawanan adalah lebih baik. Dia sentiasa memberi ancaman kepada lawan dalam setiap perlawanan. Dia kelihatan hebat!"

2 hat-trick dalam masa 2 minggu berturut-turut.

Untuk rekod, jaringan hat-trick kedua Rooney dalam 2 minggu berturut-turut untuk musim ini meletakkan dia sebagai pemain pertama dalam sejarah Premier League menjaringkan 8 gol dalam 4 perlawanan.


Source: Manutd.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...