|
MANCHESTER, England - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson
menegaskan yang beliau bakal menurunkan ramai pemain berpengalaman pada
aksi Liga Juara-Juara di Benfica awal pagi esok.
Ferguson tetap menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman
meskipun barisan pemain muda skuad itu beraksi cemerlang pada awal
kempen musim ini.
Sebelum ini, penggendali dari Scotland itu memberi peluang kepada
Chris Smalling, Tom Cleverley dan Phil Jones yang merekodkan empat
kemenangan dalam kempen Liga Perdana England.
Bagaimanapun Ferguson berkata, kejohanan kelab elit di Eropah ini adalah sesuatu yang berlainan.
"Pasukan saya di Lisbon mungkin berbeza dalam isu pengalaman," kata Ferguson.
"Kami turut mendapat semula khidmat Darren Fletcher yang kembali
cergas. Dia keli- hatan baik dan bermain dengan baik bersama Scotland
minggu lalu.
"Saya fikir, kami perlukan ramai pemain berpengalaman dalam perlawanan ini.
"Perkara yang paling penting adalah kualiti. Menentang Ben- fica di
gelanggang lawan adalah satu perlawanan yang perlu dihormati."
Pemain tengah, Cleverley tidak dapat bermain pada aksi pembukaan
Kumpulan C ini selepas mengalami kecederaan ligamen ketika United
membela- sah Bolton Wanderers 5-0 pada Sabtu lalu.
Tempat Cleverley bakal diganti Michael Carrick iaitu pemain
berpengalaman yang dikatakan oleh Ferguson, manakala Flet- cher juga
tidak asing lagi dalam kempen Liga Juara-Juara.
"Saya fikir, perkara paling sukar yang kami hadapi adalah untuk memilih pemain tengah dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.
"Posisi itu akan menjadi caba- ran paling besar. Tiga pemain
memainkan peranan yang besar di posisi ini. Mereka menjadi sandaran
jentera serangan.
"Mereka adalah tiga pemain tengah yang baik dan kami perlu melihat kepada masalah itu.
Sementara itu, pemain perta- hanan England, Rio Ferdinand bakal
terlepas perlawanan tersebut selepas tidak dimasukkan dalam senarai 19
pemain yang berlepas ke Benfica semalam. - Reuters
No comments:
Post a Comment