Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Wednesday, September 14, 2011

Safee teruja jejak Cardiff


SAFEE sudah bersedia mengikuti sesi pemilihan serta latihan bersama Cardiff City.


EPISOD perjuangan penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali dalam misi menyarung jersi Cardiff City telah bermula setelah selamat tiba di bumi England kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, Safee kemudiannya dijemput oleh seorang pegawai dari Cardiff menuju ke bandar tersebut yang memakan masa selama lebih dua jam sebelum sampai di hotel penginapannya pada pukul 10 malam.

Malah Safee juga sempat memberitahu perkembangan terkini menerusi laman rasmi Facebook miliknya bahawa segalanya berjalan lancar meskipun dia masih belum menerima sebarang jadual latihan daripada pihak pengurusan Cardiff.

"Saya akan buat yang terbaik di sini (Cardiff), tetapi saya belum dapat jadual latihan. Cuaca bagus, tidak terlalu sejuk, nanti wakil Cardiff akan datang jemput saya dalam pukul 9 pagi.

"Saya bangun awal, bersarapan pagi di bilik hotel dan sedang bersiap sedia untuk dibawa ke tempat latihan, perasaan sungguh teruja untuk bertemu dengan jurulatih dan pemain-pemain lain Cardiff City," kata Safee dalam laman Facebook tersebut.

Isnin lalu, Safee berlepas ke bumi Cardiff bagi menjalani ujian pemilihan selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September ini selepas mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya.

Selain Safee, turut dipanggil menjal- ani ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim yang bagaimanapun hanya akan berbuat demikian bagi menumpukan perhatian kepada saingan Piala Malaysia terlebih dahulu.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim semasa dihubu- ngi berkata, ketika ini Safee sendiri masih belum mengetahui tempoh dan bentuk latihan yang akan dijalaninya sepanjang ujian pemilihan tersebut.

"Saya difahamkan Safee telah berjumpa dengan pihak pengurusan Cardiff, namun pada masa sama, saya tidak pasti sama ada pertemuan pertama itu membabitkan latihan ataupun sekadar perkenalan ringkas bersama pemain- pemain lain kerana masih belum dimak- lumkan Safee," katanya yang masih berada di tanah air dan hanya berlepas ke Cardiff minggu depan.

Zakaria berkata, di Pelita Jaya sebeum ini, Safee akan berlatih kira-kira dua jam bagi satu sesi, yang mana dua sesi latihan pada pagi dan petang diadakan ketika bukan musim liga dan hanya satu sesi di waktu pagi jika saingan liga sedang berlangsung.

"Bermula hari ini (semalam), Safee secara rasmi terikat dalam apa jua aktiviti berkaitan Cardiff dan masanya juga terhad.

"Justeru desas-desus negatif bahawa beliau hanya 'makan angin' di sana sememangnya tidak berasas," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...