MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap
seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu
yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah
bandar di selatan Filipina.
Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan
penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter
itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas
pemburuan selama tiga minggu.
Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.
Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan
yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.
Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.
Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman
pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. -
AP
No comments:
Post a Comment