Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, September 20, 2011

Ferguson Masih Belum Puas!


BIARPUN Manchester United berjaya menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam tadi, pengurusnya, Alex Ferguson masih belum berpuas hati.

United kini unggul di tangga teratas liga dengan lima kemenangan maksimum tetapi Ferguson berkata, banyak lagi yang perlu dipertingkatkan oleh anak-anak buahnya.

Ia termasuk selepas melihat Wayne Rooney mempersiakan sepakan penalti pada minit ke-57 dan bagaimana penyerang Chelsea, Fernando Torres terlepas peluang terbuka di depan pintu gol United.

“Ini satu perlawanan yang cukup menarik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan terbuka. Namun kami sendiri yang memberikan masalah kepada kami.

“Kami mudah memberikan bola kepada lawan di kawasan menyerang dan mereka berjaya melakukan beberapa serangan balas. Chelsea mampu mendapatkan dua atau tiga gol pada babak pertama.

“Tapi kami tetap berjaya mencipta cukup banyak peluang menerusi Nani dan Ashley Young. Ia memang kekuatan kami tetapi tidak disempurnakan dengan baik,” kata Ferguson.

Pada aksi malam tadi, United mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Chris Smalling (8), Nani (37) dan Rooney (45) sebelum Chelsea membalas satu gol menerusi Torres (46).

Sementara itu, pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas meratapi kekalahan sulung mereka itu dengan menganggap keputusan 3-1 sebagai ‘gila’.

“Satu aksi yang sangat pelik apabila permainan cukup terbuka dan kedua-dua pasukan memiliki cukup banyak peluang.

“Jika tuah lebih berpihak kepada kami, mungkin kami lebih dahulu berjaya menjaringkan gol.

“Kedudukan 3-0 pada babak pertama cukup gila dan sukar untuk kami bangkit pada babak kedua,” jelas Villas-Boas. – mynewshub.my

Dr. Seah Gagal Buktikan DNA Anwar

http://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/Kes-Anwar-Ibrahim-565x375.jpg

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang bukti saintifik yang kukuh untuk mengaitkan kewujudan DNA milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam salur dubur pengadu yang merupakan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.


Pakar DNA dari Sydney Australia, Dr. Brian Leslie McDonalds berkata, proses pengasingan DNA yang dilakukan oleh kedua pakar, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, tidak mengikut prosedur sepatutnya serta mengakibatkan kerosakan pada sampel yang menjadi bahan bukti kes.

“Proses mengenal pasti DNA itu gagal sepenuhnya kerana tidak menggunakan prosedur  yang  betul,” kata saksi ke-empat itu ketika berada di kandang saksi Mahkamah Tinggi Jenayah 3, di sini hari ini.

Menjawab soalan dari peguam Anwar, Ram Karpal, Dr. McDonalds memberitahu bahawa Dr. Seah hanya membuat kesimpulan sendiri ketika menguji sampel berkenaan tanpa mempunyai bukti saintifik kukuh untuk dikaitkan dengan DNA milik Anwar.

Menurut beliau, kedua pakar DNA tersebut tidak mengambil sampel secara terus dari dubur Saiful Bukhari dan sepatutnya membuat uji kaji berkali-kali untuk memastikan kewujudan DNA di dalam sampel tersebut sebelum membuat sebarang pembandingan dengan DNA Anwar.

Selain itu, pakar DNA upahan Anwar dari Australia itu juga mempertikaikan tindakan kedua pakar tersebut yang mengenepikan kewujudan satu lagi DNA yang tidak kenal pasti pemiliknya.

Mengulas lanjut, sampel yang diuji oleh kedua pakar itu juga bercampur aduk dengan beberapa sebatian lain yang sepatutnya diasingkan dari sampel DNA, diletakkan di atas ‘slide’ dan harus diuji di atas mikroskop berkali-kali sebelum disahkan sebagai bahan bukti.

Justeru itu, Dr. McDonalds menyimpulkan bahawa diagnosis oleh kedua pakar dari Jabatan Kimia Negara itu sebagai tidak berkreadibiliti dan boleh dipertikaikan kesahihannya.

Perbicaraan kes bela diri Anwar Ibrahim bersambung hari ini setelah ditangguhkan pada 20 Ogos lalu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Anwar, 64, diperintah untuk membela diri atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008 dan jika disabit kesalahan, beliau akan dihukum penjara 20 tahun penjara serta sebatan.

Hakim Mohd Zabidin menangguhkan sesi bela diri dan bersambung esok. - MyNewsHub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...