ASHLEY Young yakin beliau dan Wayne Rooney mampu menawan Eropah sama
ada bersama skuad kebangsaan England mahu pun kelab mereka, Manchester
United.
Kedua-dua pemain itu kini pada prestasi terbaik dengan menjaringkan
empat daripada enam gol skuad England pada tiga aksi terakhir.
Malah Young menjaringkan dua gol manakala Rooney lima gol sepanjang tiga aksi Liga Perdana Inggeris bersama United musim ini.
Lantas Young, 26, kini berharap ia hanyalah permulaan kepada gandingan lebih mantap untuk membawa England menjuarai Euro 2012.
“Kami boleh meningkatkan persefahaman ketika di kelab dan dengan
permulaan baik saya dan Rooney musim ini, kami mampu melakukannya.
“Andai kami dapat meneruskan gandingan mantap di United, saya pasti
kami juga akan turut sama beraksi baik untuk skuad England,” kata Young.
Young dan Rooney bakal turun membantu United untuk berdepan Bolton di tempat lawan, awal pagi Ahad ini. - MyNewsHub
No comments:
Post a Comment