Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Friday, August 12, 2011

Nasri Pula Hampiri Manchester City

Nasri Pula Hampiri Manchester City

MANCHESTER City dan Arsenal malam tadi telah mengadakan perbincangan bagi perpindahan Samir Nasri dengan nilai £22 juta.

Juara Piala FA musim lalu itu telah mengorak langkah untuk mendapatkan pemain tengah Perancis berusia 24 tahun itu dengan membuat tawaran menarik kepada Arsenal.

Dengan Cesc Fabregas hampir pasti ke Barcelona, para penyokong The Gunners pastinya terpaksa menelan kepahitan bakal kehilangan kedua-dua pemain bintang tersebut.

Arsenal pada mulanya mahu terus mengekalkan khidmat Nasri yang hanya berbaki kontrak semusim tetapi akhirnya mendapati penjualan tunai pemain itu sebagai pilihan terbaik ketika ini.

City pastinya tidak kisah andai terpaksa menanti sehingga Januari atau penghujung musim ini kerana pada waktu tersebut mereka boleh mendapatkan khidmat bekas pemain Marseille itu secara percuma.

Lantas City kini tampak yakin akan dapat menyelesaikan juga perpindahan tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi biarpun peluang melihat Nasri turun pada perlawanan sulung menentang Swansea awal pagi Selasa ini agak tipis.

Arsenal masih mahukan yuran perpindahan sekitar £24 juta.

Namun andai perjanjian tercapai, perpindahan itu akan dimuktamadkan dengan Nasri sudah pun bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan City.

Dalam pada itu, pengurus City, Roberto Mancini turut sedang berusaha melengkapkan perpindahan pemain sayap Fiorentina, Alessio Cerci, 24, dengan harga £5 juta. – mynewshub.my

'Utusan cuba lagakan saya'

http://bm.harakahdaily.net/images/stories/berita/10feb/nasrudin4.jpg

KUALA LUMPUR, 12 Ogos:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.

Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.

Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.

Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.

"Cuba lihat kepala tulisan saya itu, saya nyatakan dengan jelas bersetuju dengan langkah PAS Pusat," katanya.

Perenggan pertama tulisannya beliau menyebut: "Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk political millage dalam kekeruhan situasi yang dialami."

Menjelaskan maksud keseluruhan tulisannya yang juga disiar pada ruangan Kolum di Harakahdaily, beliau memberitahu pemuda PAS mahu menyatakan kepada rakyat bahawa mereka tegas untuk mempertahankan aqidah Umat Islam dari dirosakkan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama jelasnya, mereka tetap menjaga hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Tulisan itu juga menurutnya mahu memberi peringatan kepada semua pihak termasuk Umno BN agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

Mengenai sokongan kepada tindakan Jais pula, beliau berkata ianya dibuat atas dasar Jais sebagai badan penguatkuasa agama.

Bagaimanapun dari sudut prosedur, Jais wajar ditegur jika ianya salah.

"Kita sokong Jais sebagai badan penguatkuasa agama. Saya pernah dihalang oleh Jais mengajar agama di Selangor dahulu tapi soal prosedur masalah lain.

"Macam polis juga, saya pernah beberapa dikasari oleh polis ketika adakan himpunan aman. Tetapi tanggungjawab polis mencegah jenayah kita kena sokong," katanya. - Harakah Daily

Polis siasat punca remaja parah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZX1Fc9scPJrPAoXpIqVoBvzV5OLiiMI7U1oKD7KL7Y4Dcx70tJzHi-Y7KKH03ab-WhZQ3GGpvcJtO7Y-NFCW0UE1T0_hxfi8y-0X7Op4ZoCg397LxCY-F76-r26QErNIjmqKaZPpFW94I/s1600/parah.jpg

ALOR SETAR – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.

Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.

“Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

kosmo/-

Warga emas rogol jiran


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhURTHp3plP7ZuFSEC9YlJuOhhU2NkXKjM685tuQ6od6LIwyIfJS-1LZQsgPM-N_uobHA1od3bK5ezUK-oQsRY3pFtp1ekZm1Bw99_DWUVKNexxs_zeiiYOdX419HQabO2SxTg0UFZFp_WU/s1600/images2.jpg

KUALA TERENGGANU- Apabila nafsu menguasai diri, seorang warga emas bergelar datuk sanggup menjadikan janda yang sudah ‘berusia senja’ sebagai pemuas nafsu serakahnya.

Lebih menyedihkan, suspek, 67, dari Kampung Beladau Selat, di sini, sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas mangsa, 52, yang difahamkan banyak berjasa menjaga kebajikan ibu kandungnya yang sudah uzur kerana faktor usia dan kesihatan.

Mangsa yang tinggal berjiran dengan rumah ibu suspek itu boleh dikatakan hampir setiap hari akan datang menjenguk orang tua itu untuk memberi makan serta menjaga kebajikannya memandangkan ibu suspek yang berusia 80-an itu yang tinggal bersendirian bukan sahaja sudah uzur, malah turut mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan Julai lalu kira-kira jam 10 pagi, suspek yang datang ke rumah ibunya telah memanggil mangsa masuk ke dalam rumah kononnya untuk sama-sama menjenguk ibunya itu.

Bagaimanapun, mangsa difahamkan seorang yang agak ‘lurus bendul’ itu enggan kerana tidak selesa dengan situasi berkenaan lebih-lebih lagi suspek datang bersendirian.

Namun, suspek memaksa mangsa dengan menarik tangannya masuk ke dalam rumah lalu dibawa ke bilik tidur ibunya.

Mungkin mengetahui ibunya itu mengalami masalah pendengaran dan penglihatan, suspek bertindak berani merogol mangsa tanpa langsung tidak menghiraukan kewuju-dan ibunya yang ketika kejadian masih berada di bilik tidur berkenaan.

Geram dengan tindakan tidak perikemanusiaan suspek, mangsa yang tidak mempunyai anak itu melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 7 Ogos lalu.

Rentetan laporan dibuat, suspek ditahan malam kelmarin dan kini direman sehingga 15 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan laporan dan menjelaskan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Obama anjur majlis buka puasa



BARACK OBAMA memberi ucapan kepada komuniti Islam di White House, Washington kelmarin.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.
Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.
Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.
Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.
Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.
"Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita," kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.
Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

Jangan kaitkan rusuhan dengan himpunan aman




SUARAM mengutuk kenyataan Timbalan Keua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, bahawa kekacauan boleh dielakkan dengan mengadakan sekatan untuk menghalang rakyat berhimpun apabila dia menggunakan contoh insiden yang berlaku di ibu negara England, London di mana rakyat tersebut mengadakan protes pada masa kini.
Timbalan KPN tidak boleh mengaitkan protes rusuhan di England sama dengan perhimpunan aman yang dijalankan oleh masyarakat di negara ini terutama perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Malahan, Khalid berasa bangga dengan tindakan polis terhadap perserta pada perhimpunan Bersih 2.0. Perlembagaan persekutuan artikel ke-10 dan juga Universal Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 artikel ke-20 menjaminkan hak rakyat untuk berhimpun secara bebas.
Secara menyeluruh, kebanyakan perhimpunan yang diadakan di negara adalah bersifat aman dan kita membantah segala protes yang bersifat ganas.
Kami menyeru timbalan KPN jangan memburukkan perhimpunan rakyat terutama perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9hb Julai dengan membuat kenyataan tersebut.
Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa perhimpuan aman adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan terhadap kerajaan pemerintahan dalam sebuah negara bersistem demokratik dan kerajaan tidak sepatutnya menyekatkan hak rakyat untuk berhimpun.
Sebaliknya, perhimpuanan aman di negara selalu diganggu atau dihalang oleh polis, antara contohnya dalam laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) terhadap insiden Kesas Highway pada tahun 2001 telah menyatakan bahawa polis tidak memberi masa mencukupi untuk menyuraikan peserta.
Dalam laporan SUHAKAM terhadap perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur pada 28hb Mei 2006,juga menyatakan polis menggunakan keganasan untuk menyuraikan perserta dan beberapa anggota polis yang terlibat berkemungkinan boleh dituduh bawah Akta Kanun Keseksaan.
Namum demikian, pihak polis masih menggunakan cara yang sama terhadap para peserta yang menyertai perhimpunan termasuk perhimpunan Bersih 2.0 dengan menggunakan pemedih mata, pacutan air berasid dan penangkapan besar-besaran terhadap peserta yang tidak mengganggu keamanan.
Walaupun Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussein pernah menyatakan untuk mengubal Akta Polis seksyen 27 pada bulan Ogos tahun 2009, namun sehingga hari ini kenyataan tersebut hanya satu kenyataan kosong saja.
Oleh itu, kami menuntut kerajaan segera mengubalkan Akta Polis (1967) terutama Seksyen 27,27A dan 27B disebabkan akta ini telah memberi kuasa yang tinggi kepada pihak polis untuk menentukan perhimpuannyang boleh diadakan.
Kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) untuk memantau dan menambahbaikkan institusi polis untuk mengelakkan isu penindasan hak asasi manusia diteruskan.
Yap Heng Lung adalah Penyelaras SUARAM

Facebook mula saingi BlackBerry

http://files.glanceworld.com/2010/12/facebook.png


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Laman jaringan sosial Facebook yang dicipta Mark Zuckerberg memperkenalkan perkhidmatan mesejnya sendiri di AS kelmarin bagi menyaingi populariti perkhidmatan mesej telefon bimbit BlackBerry (BBM).
Dinamakan Facebook Messenger, aplikasi itu membolehkan para pengguna Facebook menghantar mesej percuma dengan menggunakan telefon bimbit dilengkapi sistem pemprosesan Android atau iOS kepada sesiapa sahaja dalam senarai 'rakan' mereka.
Aplikasi terbaharu Facebook itu yang direka oleh jurutera Facebook, Lucy Zhang turut membolehkan pengguna menghantar mesej berkumpulan.
Pengguna juga boleh melampirkan foto pada mesej mereka.
Mesej kemudian dihantar serta-merta menerusi makluman dan teks kepada penerima. - Agensi

Lamar kekasih dengan cara unik



SEBAHAGIAN rakan-rakan Pang Kun memakai kostum lobak merah di Qingdao pada Sabtu lalu.

QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.
Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.
Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.
Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.
Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu.
PANG KUN melutut di depan kekasihnya, Zhao Xinyu di Qindao pada Sabtu lalu.


"Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."
Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.
Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.
Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi

Thursday, August 11, 2011

Anonymous Sumpah ‘Bunuh’ Facebook 5 Nov


http://mynewshub.my/bm/files/2011/08/t1larg.anonymous.syria_.page_.jpg

PALO ALTO, Calif. – Kumpulan penggodam internet terkenal, Anonymous sedang merancang untuk ‘membunuh’ Facebook dan telah mengumumkan tarikh ia akan cuba berbuat demikian dalam satu kenyataan yang mula mendapat perhatian serata dunia bermula Selasa lalu.

Dalam satu video YouTube, kumpulan penggodam itu memberi amaran, “Perantaraan komunikasi yang anda semua sangat minati akan dimusnahkan.”

“Jika anda seorang penggodaman atau seseorang yang hanya ingin melindungi kebebasan maklumat, sertai dan bunuh Facebook demi privasi anda sendiri.”

Kumpulan itu menyatakan dalam mesejnya bahawa “Operasi Facebook” akan bermula pada 5 November.

Ia mendakwa yang rangkaian sosial itu, yang berpusat di Palo Alto, California, menyediakan maklumat kepada”agensi kerajaan” supaya mereka boleh “mengintip orang awam”.

Walaupun bukan satu entiti tunggal, Anonymous menghubungkan penggodam merentasi satu dunia dengan matlamat melakukan tindakan sivil membantah secara dalam talian (online).

Terbaru, kumpulan penggodam “AntiSec” – yang berkait dengan Anonymous – mendakwa bahawa minggu lepas ia telah “merosakkan dan memusnahkan” beberapa laman web agensi polis Amerika Syarikat sebagai tindak balas kepada penangkapan beberapa suspek serangan siber. (http://www.foxnews.com)

Apple jadi syarikat terbesar dunia


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0811/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Gergasi komputer dan telefon bimbit AS, Apple memintas pengeluar minyak global, Exxon Mobil sebagai syarikat terbesar di dunia untuk seketika kelmarin.
Nilai syarikat Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs pada 1976 yang mengeluarkan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad itu ialah AS$341.5 bilion (RM1.027 trilion) kelmarin sekali gus berjaya mengatasi Exxon yang bernilai AS$340 bilion (RM1.023 trilion).
Namun, Exxon kemudian merampas kembali gelaran syarikat terbesar dunia apabila sahamnya mengukuh kepada AS$352.9 bilion (RM1.06 trilion) manakala Apple di tempat kedua dengan nilai saham AS$346.7 bilion (RM1.04 trilion).
"Kreativiti kini mengambil alih kekuatan dan kudrat manusia," kata pengasas laman web Lastminute.com, Brent Hoberman.
Exxon juga dikenali dengan jenama Esso, mendapat pujian aktivis mesra alam manakala Apple dipuji kerana berjaya mengubah kehidupan harian dengan pengenalan gajet seperti iPod, iPad dan iPhone.
Pakar-pakar bagaimanapun, percaya Apple akan menjadi perniagaan pertama melepasi nilai AS$1 trilion (RM3 trilion) pada masa akan datang susulan pertumbuhan pesat syarikat tersebut. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...