Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Monday, August 22, 2011

Permata baharu Anfield

http://www.soccer-wallpapers.net/soccer_wallpaper/luiz_7_suarez_uruguay_luiz_suarez_liverpool.jpg

LONDON – Dua gol selepas dua perlawanan membuktikan betapa bernilainya Luis Suarez (gambar) untuk membawa Liverpool kembali ke kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana England musim ini.

Bermula dari bangku simpanan pada aksi menentang Arsenal malam kelmarin, penyerang Uruguay itu bersama-sama Raul Meireles yang dimasukkan pada minit ke-70 berjaya membantu Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Gandingan dua pemain itu berjaya mencipta banyak peluang sekali gus dua jaringan terhasil menerusi gol sendiri Aaron Ramsey pada minit ke-78 dan jaringan Suarez pada penghujung perlawanan.

“Ia satu gandingan baik serta pertukaran yang berkesan. Bagaimanapun kami tetap gembira dengan aksi Andy Carroll dan Dirk Kuyt sebelum mereka dibawa keluar.

“Tapi apabila kami memiliki dua pemain berkualiti di bangku simpanan, tak salah untuk kami mempertaruhkan mereka,” kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.

Suarez sebelum ini menjaringkan gol tunggal Liverpool ketika seri 1-1 dengan Sunderland pada aksi sulung minggu lalu.

Dalglish turut menegaskan betapa pentingnya untuk menguruskan pembahagian beban pemain bagi mengelak kecederaan sambil mengakui kesilapannya ketika meletakkan Suarez dalam kesebelasan utama menentang Sunderland.

“Minggu lalu mungkin saya tidak berlaku adil terhadap Suarez. Saya rasa tidak adil untuk dia yang baru kembali menyertai skuad. Saya lihat dia begitu hebat pada sesi latihan dan berasakan dia perlu diturunkan.

“Memang dia masih mampu menjaringkan gol dan beraksi dengan baik pada perlawanan itu tetapi dia tidak dapat memiliki kekuatan sama seperti kebiasaannya,” jelas Dalglish.

Suarez, 24, baru saja kembali ke England selepas membantu Uruguay menjuarai Copa America dan muncul pemain terbaik kejohanan selepas berjaya meledak empat gol. – Agensi

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel


SEJUMLAH orang berhimpun dalam tunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Kaherah, Mesir awal semalam.


KAHERAH - Seorang penunjuk perasaan Mesir menjadi wira kerana dia menurunkan bendera Israel di bangunan kedutaan rejim Zionis itu di sini kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas lima anggota polis sempadan Mesir mati ditembak askar-askar Israel yang sedang mengejar para pejuang Palestin.

Para pejuang Palestin itu didakwa melarikan diri ke wilayah Palestin selepas lapan rakyat Israel mati di dalam wilayah Yahudi.

Israel menyalahkan para pejuang Palestin dari Gaza yang telah menyelinap masuk ke dalam wilayah Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduknya.

Rejim Zionis kemudian meminta maaf ekoran kematian lima anggota polis Mesir semasa insiden memburu para pejuang Palestin di wilayah Mesir dilakukan Israel.

Namun, perbuatan Israel itu mencetuskan kemarahan penduduk Mesir.

Sejumlah penduduk Mesir berhimpun di luar kedutaan Israel bagi membantah tindakan Israel yang membunuh anggota polis Mesir.

Seorang penunjuk perasaan yang bertindak berani menurunkan bendera Israel di kedutaan Israel itu dikenali sebagai Ahmed Shehat.

Bendera Israel itu kemudian dikoyak oleh sejumlah penunjuk perasaan dan menjadikannya sebagai cenderamata.

Beberapa penunjuk perasaan lain membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.

Seorang calon presiden Mesir, Hamdeen Sabahi memuji Ahmed sebagai wira rakyat menerusi laman Twitter.

"Ini adalah untuk Palestin. Ini adalah untuk Mesir. Ini adalah untuk setiap penduduk Arab. Ini adalah untuk setiap individu yang bebas," kata salah satu mesej di Twitter mengenai keberanian Ahmed.

Kelmarin, Kementerian Luar Mesir memanggil Kuasa Usaha Israel untuk memberi amaran berhubung kejadian lima anggota polis itu mati ditembak.

Kuasa Usaha Israel itu dipanggil kerana duta Israel ke Mesir berada di luar negara. - Agensi

BBC Sport Match Of The Day 2 21/08/11 Week 2 Mediafire Link


Download Link:
Bolton vs Man City - Mediafire | Megaupload
Norwich vs Stoke - Mediafire | Megaupload
Wolves vs Fulham - Mediafire | Megaupload

Full Show
http://www.fileserve.com/file/X32v8rw
or
http://www.filesonic.com/file/1727744294

Sunday, August 21, 2011

[Troll] Owen Hargreaves Dibeli oleh Kedah FA

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/297434_2318991131416_1148653886_32830649_7834861_n.jpg

Kedah telah sah membeli pemain Manchester United, Owen Hargreaves untuk menguatkan lagi bahagian tengahnya selepas Baddrol Bakhtiar dikatakan akan berpindah ke Wigan untuk aksi EPL.

Owen Hargreaves yang terkenal dengan kecekapannya mengemudi jentera tengah MU dilihat sebagai pilihan terbaik Wan Jamak Wan Hassan untuk diberikan amanah mengerakkan jentera tengah skuad Kedah.

"Saya mengharapkan agar musim ini Kedah akan mengulangi kembali sejarah double-treble pada tahun sebelum ini. Dengan kehadiran beliau kita mampu menumbangkan Kelantan dan Selangor dengan jumlah yang lebih besar"

Pembelian ini disahkan melalui Wikipedia apabila senarai pemain bagi skuad Kedah FA dipamerkan di laman tersebut. - Terkini Dunia

BBC Sport Match Of The Day 20/08/11 Week 2 Mediafire Link


Download Link:
Arsenal vs Liverpool - Mediafire | Megaupload
Everton vs QPR - Mediafire | Megaupload
Sunderland vs Newcastle - Mediafire | Megaupload
Chelsea vs WBA - Mediafire | Megaupload
Aston Villa vs Blackburn - Mediafire | Megaupload
Swansea vs Wigan - Mediafire | Megaupload

Full Show
http://www.fileserve.com/file/HU2j2qf
or
http://www.filesonic.com/file/1721377921
or
part 1 - http://www.multiupload.com/GGA10ARWR7
part 2 - http://www.multiupload.com/EVP2J1O0IH

Donald Trump ada Boeing RM298.2 juta



Pesawat 757 milik Donald Trump


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun hartanah dan hos program realiti The Apprentice, Donald Trump menyiarkan satu klip video untuk memperkenalkan pesawat peribadinya yang baru iaitu sebuah Boeing 757 berharga AS$100 juta (RM298.2 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Dihoskan oleh bekas peserta The Apprentice, Amanda Miller, klip video selama tiga minit itu disiarkan di Internet kelmarin.

Ia membawa penonton menyoroti kabin pesawat berkenaan yang dihias mewah lengkap dengan beberapa televisyen skrin besar, bilik air dengan sinki bersalut emas 24 karat.

Pesawat berkenaan turut memiliki sebuah suite presiden yang didiami oleh Trump.

Usahawan berusia 65 tahun itu sebelum ini memiliki sebuah Boeing 727 yang jauh lebih kecil berbanding pesawat peribadinya yang baru.

Beliau membeli pesawat Boeing 757 itu daripada bekas pengasas bersama Microsoft, Paul Allen pada February lalu.

Boeing 757 yang digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di dunia, boleh membawa sehingga 289 orang.

- Agensi

Barisan muda United berwibawa


Smalling


LONDON - Alex Ferguson yakin bahawa barisan muda yang menggalas cabaran Manchester United musim ini mampu menghadiahkan mereka gelaran liga yang ke-20.

Pengurus United itu percaya bahawa David de Gea, Phil Jones, Chris Smalling, kembar Da Silva, Jonny Evans, Danny Welbeck dan Tom Cleverley boleh memikul tanggungjawab yang amanahkan kepada mereka musim ini.

Evans merupakan pemain paling tua dalam kalangan barisan muda United ini iaitu berusia 23 tahun, manakala yang lainnya 19 hingga 21 tahun.

Ferguson berkata: "Pemain muda ini mempunyai kemampuan serta berdaya saing. Saya tidak ada perasaan bimbang, malah sentiasa memandang ke hadapan terhadap kemampuan barisan muda United ini."

Esok, United akan berdepan Spurs dan Ferguson dijangka menurunkan barisan pertahanan muda dalam kesebelasan utamanya.

Ferguson tidak mahu menurunkan Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand kerana bim- bang kecederaan mereka akan bertambah teruk.

Menurut Ferguson: "Kesebelasan utama United pada perlawanan Isnin ini akan di- ketuai barisan pertahanan muda yang bakal dipertanggungjawabkan kepada Jones, Evans, Smalling dan De Gea.

"Mereka (pemain muda) tidak memiliki pengalaman seperti Ferdinand, Vidic mahu- pun van der Sar tetapi mereka mempunyai potensi serta keyakinan untuk beraksi."

Kapten United, Vidic yang mengalami ke- cederaan di bahagian paha dijangka akan direhatkan untuk tempoh sebulan lagi, manakala Ferdinand semakin pulih.

"Rio mungkin akan pulih sepenuhnya pada perlawanan menentang Arsenal penghujung minggu depan," kata Ferguson. - Agensi

Bayi baru lahir ada gigi

SUMMER WHELAN tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya.

NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.

"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi

Saturday, August 20, 2011

Gang Curi Blackberry RM2.3 Juta Tumpas

Terbaru: Blackberry Touchscreen


SEPANG – Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket pecah gudang di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melarikan 2,100 unit telefon bimbit Blackberry, bernilai RM2.3 juta, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lima lelaki rakyat tempatan berumur antara 30 dan 52 tahun ditahan sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada tangkapan itu, katanya, polis merampas 1,470 unit telefon bimbit Blackberry model 9780, bernilai RM1.7 juta dan terus mencari 630 unit lagi yang belum ditemui.

Beliau berkata pada 10.20 pagi semalam, polis yang menerima laporan pintu bahagian dalam gudang itu telah dipecahkan, terus membentuk sebuah pasukan khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang yang dianggotai 12 pegawai dengan diketuai oleh ASP Zaihairul Idrus.

“Dalam masa lebih kurang dua jam, polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan berumur 30-an di kawasan kargo,” katanya pada sidang media yang diadakan di IPD Sepang hari ini.

Tun Hisan berkata ketiga-tiga lelaki itu bekerja di bahagian logistik kargo sejak tiga hingga lima tahun lepas dan akan didakwa mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan (Pecah Rumah).

Katanya hasil maklumat lanjut, pasukan itu menyerbu sebuah gudang barang-barang lusuh di Batu 12 Jalan Puchong, Serdang dan merampas 1,470 unit telefon yang merupakan barangan curi serta menahan pemilik gudang serta seorang pekerjanya.

Tun Hisan berkata telefon bimbit tersebut tiba di kargo KLIA pada 17 Ogos dari Hungary.

“Selepas pengesahan daripada pihak kastam, telefon-telefon tersebut akan dihantar ke sebuah syarikat di Petaling Jaya. Saya juga memberi amaran keras kepada pemilik barangan lusuh supaya jangan membeli barangan curi. Kita akan ambil tindakan tegas untuk membatalkan lesen,” katanya lagi.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes pembunuhan seorang warga Indonesia di sebuah rumah di Kampung Abu
Bakar Baginda Sepang supaya menghubungi polis.

Mangsa yang merupakan buruh kontrak, ditemui mati akibat ditetak di bahagian leher pada jam 8.30 malam, 10 Ogos.

Katanya polis mencari lelaki warga Indonesia bernama Saiful Alam Marsali, berumur dalam lingkungan 36 tahun, untuk membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Radig 2 Tinggalkan Gaza Serta-merta

Dr Sheikh Muszaphar Sertai Misi Ramadan Di Gaza

KUALA LUMPUR – Peserta rombongan Ramadan Di Gaza (RADIG 2) anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di jangka keluar serta-merta dari Gaza berikutan serangan Israel yang bertubi-tubi.

Serangan itu menyebabkan letupan kuat yang menggegarkan hotel tempat penginapan anggota rombongan itu di tengah-tengah bandar raya tersebut, yang turut membahayakan keselamatan para peserta.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM yang juga Ketua Misi RADIG 2 berkata mereka kini sedang menunggu arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan pejabat Duta Malaysia di Mesir untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata sejak 33 anggota misi RADIG 2, termasuk Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di Gaza pada 17 Ogos lalu, mereka sudah mendengar lebih 10 letupan bom yang digugurkan tentera Israel di beberapa tempat awam sehingga mengorbankan beberapa penduduk tempatan termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Suasana menjadi kelam-kabut dan mencemaskan apabila bunyi letupan kuat bom digugurkan kira-kira satu kilometer dari tempat penginapan ketika kami sedang khusyuk mendengar tazkirah kira-kira 4.40 pagi ini,” katanya.

Mohd Azmi berkata walau bagaimanapun penduduk tempatan kelihatan tidak panik dan tetap mundar-mandir seolah-olah bunyi letupan bom merupakan fenomena biasa di tanah air mereka.

Beliau berkata ahli rombongan RADIG 2 turut dibenarkan melawat tempat letupan bom pertama yang digugurkan Israel di Gaza dengan diiringi pegawai serta pasukan keselamatan tempatan.

Beliau berkata bangunan perpustakaan awam yang baru dibina musnah teruk dan Masjid Sheikh Sayyid Al Nahyan turut terjejas di mana kaca tingkap dan pintunya pecah.

Rombongan itu yang diiringi Datuk Bandar Gaza telah melawat hospital bersalin dan Masjid An Nasar yang terletak kira-kira satu kilometer dari sempadan Israel-Gaza.

Beliau berkata kos pembinaan masjid yang baru dibina itu, di atas tapak masjid lama yang berusia lebih 500 tahun, dijangka siap sepenuhnya November ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Bangunan masjid tiga tingkat itu boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu-satu masa, katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...