Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, September 8, 2011

Safee tak sabar gegar

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLofS-BW1R2tmruTGQ8kFCA4xbktcmbtUBJw799IXxDAXDcESE70Unl2ZecXoN5oL1AVb_8OJT4wzGM9qmENNFfkM2VyelTcBRl4e-w4u6Cg0Znum4szy9pBdbi451VRVZWu-jU1wws1I/s1600/safee-sali.jpg


KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City terus memberikan peluang kepada pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan bersaing dalam kancah bola sepak Eropah.

Kali ini kelab Liga Divisyen Dua England yang diambil alih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee tahun lalu itu membuka pintu buat penyerang berbisa negara, Mohd Safee Sali untuk menjalani ujian percubaan (trial) selepas kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu mendapat peluang terbabit.

Namun Mohd Safee yang juga penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC bakal terlebih dulu diuji bersama kelab berpangkalan di Wales selama dua minggu bermula Isnin ini dengan Mohd Safiq perlu memberikan komitmen bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya tidak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris. Malah ketika kecil saya mengimpikan beraksi di sana dan kini saya sudah dapat peluang melakukannya.

“Pintu sudah terbuka untuk saya. Ia peluang sekali dalam seumur hidup dan saya akan berikan segala-galanya untuk membuktikan kemampuan,” kata penyerang berusia 27 tahun itu yang sering dibandingkan dengan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu adalah antara tonggak yang membantu Malaysia menjuarai piala rebutan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama sehingga memikat hati Pelita Jaya FC untuk mengikatnya, sekali gus menjadi pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).

Malah kehadirannya di kelab terbabit amat dirasai apabila menjaringkan sejumlah gol penting untuk mengelakkan Pelita Jaya FC tersingkir ke liga bawahan.

Mohd Safee juga mempamerkan sentuhan berbisa pada Julai lalu apabila meledak dua gol ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool. - Hmetro

[Video] - Penjelasan Adik Mat Indera




Penjelasan Baharom Shah Indera yang merupakan adik Mat Indera.Berasal dari Bakri, Muar Johor. Beliau tampil di pejabat PAS pusat pada 7 September 2011 memberi penjelasan mengenai abangnya Ahmad bin Indera (Mat Indera)

Sumber Video: Sinar Harian Web TV

Ferguson tak minat guna khidmat Sneijder



SNEIJDER gagal memenuhi impiannya untuk berhijrah ke Old Trafford pada musim panas lalu.


LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelaskan, dia enggan meneruskan usaha mendapatkan Wesley Sneijder pada musim panas lalu kerana perancang Inter Milan itu dianggap tidak sesuai mengambil tempat Paul Scholes.

Sebelum ini, Sneijder telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, namun akhirnya membuat keputusan untuk terus kekal di San Siro.

Selepas musim perpindahan ditutup baru-baru ini, Sneijder mengakui bahawa dia hampir sahaja menyertai skuad The Red Devils.

Begitupun, Ferguson pula mendedadakan, hanya dua sahaja pemain di dunia yang mampu mengisi tempat Scholes di bahagian perancang United.

“Sebenarnya Sneijder bukan pengganti yang sesuai kepada Scholes,” kara Ferguson.

“Dia memang seorang pemain yang bagus, tetapi bukan pemain yang kami cari untuk menggantikan Scholes.

“Hanya Xavi dan Iniesta (kedua-duanya pemain Barcelona) yang boleh dibandingkan dengan Scholes,” kata Ferguson. – Agensi

Mat Sabu: Kalau referendum, Tunku tak jadi PM


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

mat indera forum 070911Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

mat indera forum 070911“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut terlibat sebagai pemforum kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.

NONE“Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

“Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno),” katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.

sir henry gurney 240609Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

“Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

“Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri,” katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British” – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

NONEDalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam. - Mkini

Wednesday, September 7, 2011

Sitt Al-Wuzara, JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum

MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.

Memorendum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.


Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.


Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.

Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.


ReJaM© "Inilah nasib Islam sebagai agama rasmi di Malaysia..."

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2011 | 6 September 2011


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivv95wynZnrM7L7D68pqdF7RNqXdTN7CSI4nA-fD9yh7t5YcNz69ldFtMz3Z3RLaHV45uttrabMsCOBLQa7w5SJilTngk0kR5OKMk2rMyABXWdyiGz1g97zlpflOpw1NKu-NY4dwySYiw/s1600/284072_10150277116892074_174072662073_7537666_3638845_n.jpg






Perlawanan
Result
6 September 2011 8:15 pm Stadium Kuching
SARAWAK VS KELANTAN
0 : 2
6 September 2011 8:15 pm Stadium Likas
SABAH VS PERAK
0 : 0
6 September 2011 8:45 pm Stadium Larkin
JOHOR VS KEDAH
0 : 2
6 September 2011 8:45 pm Stadium Majlis Perbandaran Selayang
SIME DARBY VS TERENGGANU [VIDEO]
0 : 3
6 September 2011 8:45 pm Stadium MBPJ
SELANGOR PKNS VS NEGERI SEMBILAN [VIDEO]
1 : 2
6 September 2011 8:45 pm Stadium JCorp
JOHOR FC VS FELDA UNITED
0 : 2
6 September 2011 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-TEAM VS SELANGOR [VIDEO]
1 : 0
6 September 2011 8:45 pm Stadium Majlis Perbandaran Selayang
PDRM FA VS KUALA LUMPUR
0 : 3

Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/09/keputusan-piala-malaysia-6-september.html#ixzz1XGqF1EHY

Henry Gurney pakar strategi Zionis di bunuh komunis. adakah hero atau musuh islam?

Disusun dari pelbagai sumber

Henry Gurney, penjajah yang telah merosakkan negara Palestine ketika dulu, datang ke Malaya dianggap hero. Rakyat Palestine ditindas. Orang malaya yang menentang penjajah British dicop pengkhianat. 

Henry Gurney adalah seorang Think Tank dan pakar strategi pecah-perintah, utusan Queen yang dihantar ke Palestin bagi menyelesaikan isu Palestin dan Israel pada tahun 1946. Beliaulah orang yang bertanggungjawab memecahkan Palestin dan mewujudkan Negara Israel. Dari buah fikirannyalah kita dapat manjamah hingga ke hari ini, Palestin hidup dalam ancaman Zionis serta lebih setengah abad dalam peperangan dan penindasan yang tidak berkesudahan.

Siap pasang papan tanda...


Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney


Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara.

Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu.

Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu.

“Ramai yang melalui jalan ini untuk ke Bukit Fraser tidak tahu di sini terpahat satu peristiwa bersejarah di mana seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perletakan papan tanda itu di sini, semalam.

Beliau berkata, papan tanda berkenaan diletakkan sebagai sebagai satu ‘monumen’ untuk mengingatkan orang ramai dan pelancong luar mengenai peristiwa bersejarah itu.

Katanya, dengan adanya usaha itu, diharapkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih maklum mengenai sejarah negara dan lebih menghargai keamanan yang dicapai negara hari ini.

“Jika sebelum ini mereka hanya membaca kisah pembunuhan itu di dalam buku-buku sejarah, kami juga mahu pelawat-pelawat yang datang ke sini melihat dengan mata kepala mereka sendiri lokasi sebenar pembunuhan Henry Gurney,” katanya.

Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.

Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis. 
 
Sumber : Rakyat Marhaen

Peminat Bola Sepak Cedera Dalam Protes

Peminat Bola Sepak Cedera Dalam Protes

KAHERAH – Kemarahan yang meluap-luap terhadap bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terbawa-bawa sehingga ke padang bola.

Kemarahan itu diluahkan dengan laungan slogan mengecam Hosni, selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kaherah berakhir.

Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan selepas keadaan tidak lagi terkawal apabila peminat bola sepak itu turut membakar kereta termasuk empat kenderaan polis.

Keadaan ini menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dengan peminat kelab bola sepak Al-Ahly, mengakibatkan 72 anggota polis cedera manakala tujuh orang awam cedera.

Sementara 12 penunjuk perasaan telah ditahan.

Hosni yang digulingkan dalam protes anti kerajaan Februari lalu, kini sedang menghadapi perbicaraan mengarahkan penunjuk perasaan ditembak.

Seramai 850 orang terkorban dalam protes berkenaan.

Selain Hosni, anaknya, Alaa dan Gamal serta bekas Menteri Dalam Negeri turut dibicarakan.

CEO Yahoo Dipecat Melalui Telefon

CEO Yahoo Dipecat Melalui Telefon

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Carol Bartz dipecat daripada jawatannya melalui telefon, selepas berkhidmat sebagai CEO di syarikat berkenaan selama dua setengah tahun.

Tempatnya akan dipangku oleh Ketua Pegawai Kewangan, Tim Morse sehingga lembaga pengarah memilih CEO baru.

Bartz memaklumkan pemecatan yang berkuat kuasa serta merta itu kepada pekerjanya melalui emel.

“ Dengan rasa sedih, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dipecat melalui telefon oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Yahoo. Saya gembira sepanjang bekerja dengan anda semua dan saya juga berharap yang terbaik untuk anda,” demikian kandungan emel tersebut.

Beliau berkhidmat dengan Yahoo pada awal 2009, selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada Jerry Yan.

Sepanjang perkhidmatannya, Bartz telah melakukan beberapa perubahan terhadap pasukan pengurusan termasuk pemotongan belanjawan.

Walaupun Yahoo kekal antara carian popular dalam internet, namun ia gagal mengatasi pesaingnya, Facebook dari segi penyediaan perkhidmatan laman sosial.

Menurut seorang penganalisis teknologi, Larry Magid, Yahoo gagal mencapai pertumbuhan sepanjang berada di bawah kepimpinan Bartz.

“Beliau tidak melakukan apa-apa untuk memberikan perubahan kepada syarikat menyebabkan Yahoo terpaksa mencari ketua baru bagi memastikan ia terus berkembang.

“Facebook kini mendahului, begitu juga dengan Google dalam rangkaian sosial,” katanya. - myNewsHub

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean


ROWAN ATKINSON berlakon dalam salah satu adegan filem Mr. Bean’s Holiday.


LONDON – Pelakon Rowan Atkinson yang melakonkan watak Mr. Bean kemungkinan tidak akan muncul lagi dalam filem, lapor sebuah akhbar semalam.

Atkinson yang kini berusia 56 tahun menyatakan dia percaya, dirinya sudah terlalu tua untuk melakonkan watak Mr. Bean.

Siri televisyen pertama Mr. Bean muncul selama lima tahun sejak 1990.

Lebih 18 juta orang menonton siri televisyen tersebut di Britain walaupun ia mendapat kritikan.
Dia berlakon dalam filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada 1997 dan Mr. Bean’s Holiday empat tahun lalu selain Johnny English.

Dia kini sibuk mempromosikan filem Johnny English Reborn yang turut dibintanginya bersama Gillian Anderson dan Rosamund Pike.

Namun, dia berkata: “Saya berasakan semakin tua untuk melakonkannya (Mr. Bean). Saya suka Mr. Bean sebagai watak kartun yang umurnya tidak pernah meningkat.”

Atkinson berkata, umurnya semakin meningkat.

“Semakin saya berumur, saya berasakan tidak layak untuk melakonkan watak Mr. Bean,” katanya. – Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...