Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Friday, August 19, 2011

Ujian Getir Arsenal Berdepan Liverpool

http://www.gbcsomtv.com/wp-content/uploads/2011/04/gaa.jpg


ARSENAL bakal berdepan ujian terbesar sepanjang 15 tahun kelab itu di bawah kendalian Arsene Wenger apabila menanti kunjungan Liverpool pada aksi kedua Liga Perdana England di Emirates malam esok.

Kesuraman prestasi Arsenal musim lalu berterusan pada musim panas ini dengan penghijrahan ketua pasukan, Cesc Fabregas ke Barcelona serta bakal turut kehilangan Samir Nasri.

Tanpa dua tonggak itu, perancangan Wenger terus diganggu dengan masalah kecederaan dan penggantungan sehingga melibatkan lapan pemain utamanya.

Gervinho dan Alex Song digantung ekoran pergaduhan ketika mereka seri 0-0 dengan Newcastle minggu lalu manakala baki enam lagi pemain masih cedera iaitu Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Johan Djourou, Tomas Rosicky, Armand Traore dan Abou Diaby.

Namun itu semua sama sekali tidak membuatkan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berasa yakin tetapi beliau tetap bimbang dengan ancaman yang bakal dijelmakan anak-anak buah Wenger.

“Saya tak pasti sejauh mana mereka mampu menangani masalah tersebut. Tapi lebih penting untuk kami sendiri memanfaatkan kesempatan tersebut.

“Kami mampu untuk kawal apa yang mahu kami lakukan. Kami yakin mampu bersaing dengan mereka dan itulah sebenarnya yang perlu kami lakukan pada perlawanan ini.

“Mungkin kami mampu meraih kemenangan di Emirates. Tapi Arsenal tetap akan mendapat sokongan penuh para penyokong mereka dan ia pasti satu perlawanan yang menarik,” kata Dalglish.

Arsenal berjaya menewaskan kelab Itali, Udinese 1-0 pada aksi pertama playoff Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.

Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott yang menjaringkan gol itu bagaimanapun menegaskan bahawa dia dan rakan-rakan sepasukannya masih optimis untuk meraih kejayaan pada musim ini.

“Mood kami cukup baik ketika ini. Kami masih mendapat keputusan baik biarpun seri 0-0 dengan Newcastle minggu lalu terutama selepas kami beraksi 10 pemain.

“Tidak dibolosi dalam dua perlawanan ini sesuatu yang cukup baik dan para pemain muda turut berpeluang meraih pengalaman beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara,” kata Walcott.

Kapten baru Arsenal, Robin van Persie bakal kembali malam ini setelah digantung pada aksi menentang Udinese.

Pada kedua-dua aksi pertemuan Arsenal dan Liverpool musim lalu, kedua-duanya berakhir dengan keputusan seri 1-1. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...