CHELSEA berdepan masalah penjaga gol setelah Petr Cech terpaksa diketepikan selama empat minggu akibat mengalami kecederaan ligamen lutut ketika sesi latihan baru-baru ini.
Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas kini perlu memilih sama ada untuk menurunkan Hilario atau Ross Turnbull untuk pertemuan kedua Liga Perdana England menentang West Brom di Stamford Bridge awal pagi Ahad ini.
“Cech mengalami kecederaan ligamen lutut dan perlu berehat tiga atau empat minggu. Ia berlaku pada penghujung sesi latihan dan sesuatu yang normal.
“Pada awalnya kami menjangkakan sesuatu yang lebih teruk tetapi selepas ujian imbasan MRI dibuat, ia satu berita gembira kerana dia hanya perlu diketepikan selama empat minggu,” kata Villas-Boas.
Namun pengurus Chelsea itu bakal diperkuatkan dengan kehadiran penyerang muda yang baharu dibeli dari Anderlecht, Reomelu Lukaku biarpun akan terus turun tanpa pemain pertahanan, David Luiz yang kembali dihantui kecederaan paha. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment