Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Friday, August 19, 2011

Nafi Hina Perlembagaan,Terbabit Politik

azmil-mustapha

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon popular, Azmil Mustapha, 60, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’, menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis.

Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.

“Pada saya, maklumat itu tidak berasa langsung dan bagaikan berlaku salah faham tentang apa yang saya katakan,” katanya ketika dihubungi mynewshub.my hari ini.

Mengulas lanjut, Azmil berkata, beliau mengaku ada menyampaikan ceramah di masjid di Kampung Melayu Subang, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ada sebarang kepentingan politik serta tidak pernah terbabit dengan mana-mana pergerakan politik tanahair, sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya tidak ada kepentingan politik pun, saya dah berumur 60 tahun dan tak pernah sertai mana-mana parti pun…mengundi pun tak pernah,” jelasnya menyangkal dakwaan yang mengaitkan beliau dengan kepentingan politik oleh sesetengah pihak.

Menjelaskan tentang ceramahnya semalam, Azmil berkata, beliau telah dijemput oleh Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur, di Kampung Melayu Subang, untuk menyampaikan sedikit ceramah kepada jemaah masjid tersebut.

Menurut pemerhatiannya ketika menyampaikan ceramah, beliau melihat seorang dua jemaah yang ‘gelisah’ dengan ceramahnya dan salah seorang dari mereka telah keluar dari masjid kerana enggan mendengar penyampaiannya itu.

Setelah selesai berceramah, beliau bersama Nazir masjid serta beberapa orang ahli jawatankuasa masjid duduk bersembang sebentar dan salah seorang dari mereka memberitahu bahawa antara jemaah yang keluar dari masjid ketika ceramah itu sering memberikan masalah kepada mereka.

Laporan polis telah di buat terhadap Azmil atas beberapa dakwaan antaranya menghina Perlembagaan, institusi DiRaja, bangsa Melayu dan menyampaikan ceramah di masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN - MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...