Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, August 20, 2011

Isteri Ahmad Fedtri Yahya Keguguran

KUALA LUMPUR – Kegirangan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini di TV3, Ahmad Fedtri Yahya menyambut Hari Raya Aidilfitri pertama tahun ini bersama Nurul Anati Ismail, 26, sedikit pudar apabila isterinya itu keguguran kandungan pada 26 Julai lalu.

Menurut pengacara berusia 30 tahun berasal dari Pantai Remis, Perak itu, isterinya yang keguguran kandungan pertama itu tidak lama selepas mereka pulang daripada berbulan madu di Korea Selatan pada 15 hingga 18 Julai lalu.

“Selepas tiga hari balik dari bulan madu itu, isteri saya telah menyertai satu kursus di tempat kerjanya. Dia kemudiannya mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan. Ketika itu, kandungan isteri saya sudah memasuki usia enam minggu.

“Saya redha dengan ketentuan itu kerana saya memang teringinkan cahayamata biarpun kami baru sahaja berkahwin pada 28 Mei lalu,” katanya sewaktu ditemui selepas rakaman rancangan hari raya terbitan TV3 dan TV3 di One Utama, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Biarpun belum ada rezeki bergelar bapa, namun ia tidak mematahkan semangat Ahmad Fedtri bagi meraikan sambutan Hari Lebaran yang pertama disambutnya sebagai suami di kampung isterinya di Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Jelasnya, dia akan beraya di kampung keluarga isterinya itu sehinggalah hari raya kedua sebelum bertugas semula di Malaysia Hari Ini pada raya yang ketiga selain mengacarakan rancangan Di Bawah Rimbunan Madrasah pada hari raya yang keempat.

“Saya sentiasa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang sederhana termasuklah selepas berkahwin. Semasa bujang dulu saya menyambutnya secara ala kadar sahaja. Selama lapan tahun bertugas di Malaysia Hari Ini saya menyambut raya pertama di studio sahaja.

“Ini adalah kali pertama sejak lapan tahun saya dapat beraya di luar konti studio pada hari raya yang pertama. Saya seperti sudah biasa bekerja pada hari raya tetapi tahun ini agak bermakna kerana saya meraikannya bersama isteri,” ujarnya lagi.

SAYA BUKA BUKA TENGOK MEREKA DAH PANGKAH BAKI UNDI- KOMANDO KAMIL

Mohd Kamel Omar (kanan) menceritakan peristiwa ditawarkan 'habuan' untuk memangkah undi pos di kem TUDM di Butterworth. Manakala Mohamed Nasir (kiri) diarah memangkah 900 kertas undi pos pada pilihan raya umum ketujuh di sebuah kem di Sandakan.



Mohd Kamel Omar, 49 atau lebih dikenali dengan nama ‘Kamel Komando’ menceritakan pengalamannya membawa karung undi pos dari Kem Tentera TUDM Butterworth pada pilihan raya umum ke 10 pada tahun 1999.

“Pada hari mengundi pos, kira-kira jam 4.30 petang ketika masuk ke sebuah bilik yang ditutup tingkap dan pintu, saya terkejut bila lihat ramai anggota tentera yang sedang pangkah kertas undi.

“Mereka kata pada saya – Hang nak pangkah apa, hang pangkahlah. Nanti adalah habuan untuk hang. Mereka beri saya satu kotak suruh saya selesaikan pangkah dalam setengah jam. Saya tak mahu subahat. Ini khianat namanya,” cerita beliau.

Dua Juruteknik Mesin ATM Ditahan Mencuri


duit rasuah

KANGAR – Dua juruteknik mesin ATM sebuah syarikat keselamatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi membabitkan wang sebanyak RM191,050 yang diumpil dari sebuah mesin ATM yang ditempatkan di Taman Perumahan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, dalam kejadian tersebut seorang pengurus cawangan sebuah syarikat keselamatan berusia 39 tahun membuat laporan polis selepas mendapati kunci sebuah mesin ATM terbuka dan terdapat kesan umpil.

“Wang berjumlah RM191,050 di dalamnya juga telah hilang. Tetapi sebelum itu dia menerima panggilan telefon daripada juruteknik mesin ATM itu berhubung kejadian itu lalu membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Zull Aznam berkata, ekoran maklumat berkenaan polis bertindak menangkap dua lelaki yang bertugas sebagai juruteknik mesin ATM di syarikat keselamatan itu masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.

Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penemuan semula sejumlah wang sebanyak RM190,250 daripada kedua-dua juruteknik mesin ATM berkenaan.

Jelasnya, juruteknik berusia 29 tahun ditahan di Jalan Jublee Emas pada 15 Ogos jam 11.02 malam manakala seorang lagi juruteknik yang berumur 30 tahun ditahan di kilometer 2.5 Jalan Kangar-Alor Setar pukul 9.30 pada 16 Ogos.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

PRU Bila-bila Masa, Tak Tunggu PSC – PM

Najib : Pilihan Raya Boleh Diadakan Bila-bila Masa, Tidak Tunggu PSC

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

“Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat, memetik Bernama.

Najib yang juga Presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

“Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan,” katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

“MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang dilakukan atau senarai daftar pemilih,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

“Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka,” katanya. - MyNewsHub

Mourinho bakal hilang jawatan?

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/18/article-0-0D795BD300000578-714_468x286.jpg


LONDON - Jose Mourinho berkemungkinan dipecat sebagai jurulatih Real Madrid.

Mourinho dikesan berkelakuan tidak profesional kerana mencucuk mata salah seorang jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dengan jari te- lunjuk tangan kanannya selepas Real tewas 2-3 pada aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp kelmarin.

Persatuan Bola Sepanyol (RFEF) tidak akan mengenakan sebarang hukuman terhadap bekas jurulatih Inter Milan itu kerana perbua- tan yang dilakukannya tidak tercatat dalam laporan pengadil perlawanan, David Fernandez Borbalan.

Bagaimanapun, perbuatan yang dilakukan Mourinho itu ternyata menghadir- kan rasa kurang senang pemimpin-pemimpin tertinggi Real.

"Real tidak akan berkompromi terhadap perlakuan tidak bermoral itu (menunjukkan isyarat lucah) kerana beliau merupakan seorang jurulatih.

"Tindakan mesti diambil. Mourinho telah memalukan arena bola sepak di Sepanyol," kata Naib Presiden Real, Carles Vilarrubi.

Bukan sahaja kontroversi membabitkan Mourinho menjadi tumpuan tetapi sikap bintang Real turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu.

Ini kerana anak-anak buah Mourinho enggan menunggu sehingga majlis penyampaian pingat selepas mereka tewas secara agregat 4-5.

"Sikap pemain-pemain Madrid amat buruk. Mereka bermain kasar di tengah padang dan di luar padang pula, sikap mereka amat tidak boleh diterima.

"Kami tewas kepada mereka pada Piala Super Sepanyol, April lalu tetapi kami tetap memberi sokongan kepada mereka pada majlis penyampaian pingat.

"Tetapi apabila mereka tewas, mereka terus masuk ke bilik persalinan," kata pemain tengah Barca, Xavi. - Agensi

Buy 2 Hotlink Ramadhan Hot Tiket and you’ll be eating delicious KFC for free!

Vidic rehat lima minggu

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/11/18/article-0-02533E9C000005DC-474_468x415.jpg

MANCHESTER: Manchester United dikejutkan dengan berita kecederaan semalam apabila pengurus Alex Ferguson mengesahkan kapten, Nemanja Vidic berdepan kemungkinan diketepikan hingga lima minggu.

Ferguson, yang sudah menyaksikan rakan pertahanan tengah Vidic, Rio Ferdinand tidak beraksi musim ini, berkata masalah kecederaan betis pemain Serbia itu lebih teruk daripada dijangkakan.


“Situasi ini berubah dan Vidic mengalami kecederaan otot betis, bermakna dia mungkin tidak boleh bermain antara empat hingga lima minggu,” kata Ferguson semalam.

Namun ada berita baik buat Ferguson dengan pengesahan Ferdinand mungkin kembali lebih awal daripada diramalkan sebelumnya yang terpaksa diketepikan hingga enam minggu kerana kecederaan hamstring.


Ferguson berkata sekalipun pertahanan England itu akan terlepas aksi awal pagi Selasa ini menentang Spurs di Old Trafford, dia mungkin kembali cergas sepenuhnya sebelum pertemuan United dengan Arsenal pada 28 Ogos ini.


“Rio tidaklah teruk seperti yang kami sangkakan dan dia mungkin bersedia bagi perlawanan kami menentang Arsenal,” kata pengurus berbangsa Scotland itu.

“Saya tidak fikir dia boleh bermain Isnin ini, tapi amat mengagumkan bagaimana sesuatu penilaian boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.” Dengan ketiadaan Vidic dan Ferdinand, Ferguson akan menggandingkan Phil Jones, 21, dan Jonny Evans, 23, di bahagian pertahanan tengah menentang Tottenham, yang tidak pernah menang di Old Trafford sejak Disember 1989. - AFP

Bekas juruterbang cipta kereta terbang


EMPAT sayap dilekatkan pada badan kereta ZAZ Tvria.



VALERY BULGAKOV memegang peralatan yang mengawal pergerakan sayap kereta terbang.


KALUGA, Rusia - Seorang bekas juruterbang, Valery Bulgakov mengubah suai sebuah kereta untuk dijadikan latihan untuk juruterbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Bulgakov yang berusia 72 tahun meletakkan empat sayap pada badan kereta itu.

Kereta itu boleh bergerak 96.56 kilometer sejam dan terbang hanya setinggi 3.04 meter.

Kereta yang diubah suai itu adalah model ZAZ Tvria tahun 1987.

Dalam kereta itu terdapat alat yang mengawal pergerakan sayap semasa ia terbang. - Agensi

Buy 2 Hotlink Ramadhan Hot Tiket and you’ll be eating delicious KFC for free!

Saham milik firma Bono U2 dalam Facebook bernilai RM2.91 bilion

http://u2ol.net/wp-content/uploads/2011/01/Elevation-Partners-Facebook-39.jpg

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pada tahun lalu, penyanyi kumpulan U2, Bono dilabel sebagai pelabur paling teruk di AS oleh sebuah laman blog kewangan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bagaimanapun, nasib Bono, 51, kini berubah selepas sahamnya dalam syarikat laman jaringan sosial Facebook memperoleh keuntungan empat kali ganda kepada hampir AS$1 bilion (RM2.98 bilion).

Firma pelaburan penyanyi kelahiran Ireland itu, Elevation Partners melabur AS$210 juta (RM627.38 juta) dalam laman web Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada November 2009.

Namun, selepas seorang lagi pelabur menjual sahamnya dalam Facebook sekali gus meningkatkan harga saham laman sosial berkenaan, nilai pegangan Elevation melonjak kepada sekitar AS$975 juta (RM2.91 bilion) atau sebanyak 400 peratus.

Saham Facebook tidak dijual di pasaran awam tetapi diniagakan di Sharepost iaitu pasaran saham sekunder yang membolehkan pemegang saham menjual saham mereka sebelum sesebuah syarikat disenaraikan dalam bursa saham.

Perkembangan tersebut menyebabkan blog yang menggelarkan Bono sebagai pelabur paling teruk terpaksa mencari orang lain untuk memindahkan gelaran itu. Namun, sebelum ini gelaran yang diberikan kepada Bono itu ada justifikasinya.

Elevation yang dinamakan sempena lagu U2 diasaskan pada 2004 oleh bekas ketua pegawai kewangan firma Apple, Fred Anderson dan Roger McNamee iaitu pengasas bersama syarikat Silver Lake Partners yang pernah melabur dalam pengeluar perisian telefon Internet, Skype.

Bono menjadi rakan kongsi Elevation pada 2004, tidak lama selepas ia ditubuhkan, namun syarikat itu memiliki reputasi buruk kerana kerap melakukan pelaburan yang mendatangkan kerugian.

Antara pelaburan paling teruk pernah dibuat oleh Elevation ialah pada 2006 apabila ia melabur dalam syarikat Forbes Media yang memiliki majalah kewangan terkenal, Forbes.

Forbes Media dinilaikan pada AS$750 juta (RM2.23 bilion) ketika Elevation menyuntik dana sekitar AS$300 juta (RM895 juta) ke dalam syarikat media itu.

Namun, tidak lama kemudian Forbes Media terpaksa memberhentikan ramai kakitangannya, membekukan pelan pencen syarikat manakala sektor majalah turut mengalami kerugian. - Agensi

Buy 2 Hotlink Ramadhan Hot Tiket and you’ll be eating delicious KFC for free!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...