Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, August 20, 2011

Dua Juruteknik Mesin ATM Ditahan Mencuri


duit rasuah

KANGAR – Dua juruteknik mesin ATM sebuah syarikat keselamatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi membabitkan wang sebanyak RM191,050 yang diumpil dari sebuah mesin ATM yang ditempatkan di Taman Perumahan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, dalam kejadian tersebut seorang pengurus cawangan sebuah syarikat keselamatan berusia 39 tahun membuat laporan polis selepas mendapati kunci sebuah mesin ATM terbuka dan terdapat kesan umpil.

“Wang berjumlah RM191,050 di dalamnya juga telah hilang. Tetapi sebelum itu dia menerima panggilan telefon daripada juruteknik mesin ATM itu berhubung kejadian itu lalu membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Zull Aznam berkata, ekoran maklumat berkenaan polis bertindak menangkap dua lelaki yang bertugas sebagai juruteknik mesin ATM di syarikat keselamatan itu masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.

Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penemuan semula sejumlah wang sebanyak RM190,250 daripada kedua-dua juruteknik mesin ATM berkenaan.

Jelasnya, juruteknik berusia 29 tahun ditahan di Jalan Jublee Emas pada 15 Ogos jam 11.02 malam manakala seorang lagi juruteknik yang berumur 30 tahun ditahan di kilometer 2.5 Jalan Kangar-Alor Setar pukul 9.30 pada 16 Ogos.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...