Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, August 20, 2011

Mourinho bakal hilang jawatan?

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/18/article-0-0D795BD300000578-714_468x286.jpg


LONDON - Jose Mourinho berkemungkinan dipecat sebagai jurulatih Real Madrid.

Mourinho dikesan berkelakuan tidak profesional kerana mencucuk mata salah seorang jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dengan jari te- lunjuk tangan kanannya selepas Real tewas 2-3 pada aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp kelmarin.

Persatuan Bola Sepanyol (RFEF) tidak akan mengenakan sebarang hukuman terhadap bekas jurulatih Inter Milan itu kerana perbua- tan yang dilakukannya tidak tercatat dalam laporan pengadil perlawanan, David Fernandez Borbalan.

Bagaimanapun, perbuatan yang dilakukan Mourinho itu ternyata menghadir- kan rasa kurang senang pemimpin-pemimpin tertinggi Real.

"Real tidak akan berkompromi terhadap perlakuan tidak bermoral itu (menunjukkan isyarat lucah) kerana beliau merupakan seorang jurulatih.

"Tindakan mesti diambil. Mourinho telah memalukan arena bola sepak di Sepanyol," kata Naib Presiden Real, Carles Vilarrubi.

Bukan sahaja kontroversi membabitkan Mourinho menjadi tumpuan tetapi sikap bintang Real turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu.

Ini kerana anak-anak buah Mourinho enggan menunggu sehingga majlis penyampaian pingat selepas mereka tewas secara agregat 4-5.

"Sikap pemain-pemain Madrid amat buruk. Mereka bermain kasar di tengah padang dan di luar padang pula, sikap mereka amat tidak boleh diterima.

"Kami tewas kepada mereka pada Piala Super Sepanyol, April lalu tetapi kami tetap memberi sokongan kepada mereka pada majlis penyampaian pingat.

"Tetapi apabila mereka tewas, mereka terus masuk ke bilik persalinan," kata pemain tengah Barca, Xavi. - Agensi

Buy 2 Hotlink Ramadhan Hot Tiket and you’ll be eating delicious KFC for free!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...