Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Sunday, September 18, 2011

City perlu contohi Man. United



MANCINI (kiri) mahukan City sehebat United jika mahu bergalar juara.


LONDON – Roberto Mancini menasihati pemain Manchester City supaya menjadi seperti jiran setempat mereka, Manchester United sekiranya mahu bergelar juara.

Mancini mendedahkan pengiktirafannya kepada United dengan memberitahu bahawa skuadnya perlu mempunyai mentaliti juara seperti jiran mereka itu yang juga pencabar utama dalam Liga Perdana England.

The Red Devils telah berjaya mengatasi City dalam perebutan status pendahulu liga sebanyak dua kali musim ini.

Selepas City membelasah Tottenham 5-2 di White Hart Lane, United pula memberi respons dengan membelasah Arsenal 2-8 di Old Trafford.

Kemudian apabila City sekali lagi mendahului liga hasil kemenangan 3-0 ke atas Wigan, The Red Devils sekali lagi mencuri tumpuan dengan kejayaan 5-0 ke atas Bolton untuk merampas semula takhta pendahulu.

Biarpun City bermula dengan hebat, namun Mancini memberi amaran supaya jangan mudah berpuas hati sambil menjelaskan mereka perlu mencontohi sikap pasukan United.

“United sebuah pasukan yang hebat. Mereka telah biasa mencatat kemenangan sejak sekian lama,” kata pengurus dari Itali itu.

“Apabila mereka menentang Arsenal dan menjaringkan dua atau tiga gol, mereka akan terus mencari banyak lagi gol. Kami memerlukan mentaliti seperti itu.

”Kami telah tunjukkannya ke atas Tottenham dan apabila ia berlaku kamu kena teruskannya dan cari lebih banyak gol.

“Saya mahu pasukan kami mempunyai mentaliti kuat seperti United, AC Milan atau pun Barcelona.

“Semua pasukan ini telah memenangi Liga Juara-Juara atau pun kejuaraan liga di negara masing-masing. 

“Kami perlu turun dengan semangat untuk menang, tetapi kami juga perlu faham bahawa kami tidak mungkin selalunya menang kalau kami bermain dengan baik.”

Malam ini Mancini sekali lagi perlu membuat pilihan gandingan penyerang yang akan diturunkannya sama ada Sergio Aguero, Carlos Tevez, Edin Dzeko atau pun Mario Balotelli. – Agensi

'Saya tidak akan tunduk'

VILLAS-BOAS tidak gentar berdepan suasana di Old Trafford.


LONDON – Andre Villas-Boas akan berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila berkunjung ke Old Trafford malam ini.

Pengurus baharu Chelsea itu akan berjalan di hadapan 75,000 penonton di Old Trafford untuk berdepan sebuah pasukan hebat, Manchester United dan seorang pengurus yang memiliki reputasi dan pencapaian yang hebat di dunia.

Alex Ferguson mula mengambil alih United ketika pengurus The Blues itu baru berusia lapan tahun.
Namun, Villas-Boas berkata: “Saya tidak akan tunduk dengan reputasi Alex Ferguson mahu pun suasana di Old Trafford.

“Sudah tentu saya rasa diri saya tidak setanding dengannya dan kamu kena beri hormat kepada seseorang yang mempunyai reputasi dan pencapaian hebat sepertinya.

“Kehebatan kami dalam segi permainan amat sedikit. Pada peringkat ini, pemain yang akan menentukan apa yang akan berlaku, mereka yang akan menggunakan bakat mereka dan bermain di atas padang.

“Apa yang kami boleh buat ialah membantu mereka menggunakan bakat mereka sebaik mungkin.”
Villas-Boas juga berjanji dia tidak akan menjadi mangsa kepada taktik psikologi Ferguson.

Jose Mourinho sebelum ini pernah menggelar Ferguson sebagai pengurus yang hebat dalam perang psikologi sebelum perlawanan dengan Kevin Keegan, Rafael Benitez dan Arsene Wenger sebagai mangsanya.

“Selain dengan perang psikologi ini, saya tidak tahu bagaimana untuk jelaskan situasi diri saya,” katanya.

“Saya akan tunggu dan lihat sama ada saya perlu membalasnya atau tidak, tetapi bagi saya pemain yang lebih penting di dalam padang.

“Paling penting ialah pemain percaya kepada pengurus. Jika tidak, mereka akan fikir pengurus tunduk kepada tekanan.” – Agensi

Anwar Ibrahim sengaja rakam adengan seksnya?

RAMAI yang menghantar pesanan melalui email dan facebook, meminta ReJaM© buat ulasan tentang CCTV terbaru yang disiarkan oleh Papa Gomo.

ReJaM© lihat ramai sahabat blogger dah buat ulasan masing-masing, tentang video CCTV yang didakwa dirakam di sebuah apartment di Ampang.

Muak dah sebenarnya nak ulas cerita lucah ni, balik-balik cerita lucah, yang rugi rakyat, sebab bila meletop cerita lucah, cerita komunis dan macam-macam cerita bodoh United Malays No Otak, itu tandanya barang nak naik harga.

Akibatnya, rakyat terpekik terlolong fokus pada isu-isu bodoh, sampai tak sedar poket rabak kena rompak oleh pemerintah. Mark my words! Lepas keluar cerita lucah ni, kita lihat barang apa pulak yang akan naik harga?

ReJaM© tak nak ulas panjang-panjang. Di bawah ini screenshot dari video CCTV yang dikeluarkan oleh Papa Gomo, kononnya scene ini dirakam ketika Anwar dan Eskay menaikki lift apartment sebelum kejadian seks berlaku.




Jelas sekali di dalam rakaman ini menunjukkan Eskay membawa handycam (perakam video). Kehadiran perakam ini turut disedari oleh lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Apa kejadah nak main pelacur bawak perakam video? Dari sini menunjukkan bahawa kedua-dua individu di dalam video ini sudah merancang dari awal untuk merakamkan adengan seks.


ReJaM© "Warm up dulu sebelum pendedahan besar dibuat..."

SkySports EPL Highlights Blackburn vs Arsenal 17/09/11 Week 5 Direct Link


Download Link:
http://hotfile.com/dl/130032832/cc1a753/EPL_-_Blackburn_v._Arsenal_-_HIGHLIGHTS_-_17-09-11.avi Direct Link
or
http://www.fileserve.com/file/zmXu3RG
or
http://www.filesonic.com/file/2026990731

Saturday, September 17, 2011

Kantoi: Pakaian Anwar Dalam Fitnah Video Seks II Tak Sama Dengan Fitnah Video Seks I


Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu. -mk



video seks Anwar

Ulasan GB

Begitu aneh, rakaman CCTV di lif berwarna tetapi di dalam bilik hitam putih.

Kedua seluar Anwar di lif berwarna hitam, di dalam bilik berwarna cerah.

Ketiga baju Anwar berwara ungu dan tidak masuk ke dalam seluar sewaktu di lif, tetapi di bilik baju seakan kemeja T dan dimasukkan ke dalam seluar.

Kan ker pembohong dan pendusta namanya tu?

Entah berapa Datuk T bayar papagomo, tetapi malang, KANTOI!
papagomo yang semakin gemuk.

Sebaiknya tidak perlu dilayan provokasi ini, GB lihat ia hanya desakan Datuk T dan "pihak tertentu" yang mahu menghidupkan semula isu ini.
 

Chelsea idam 'goyang' United

http://www.epltalk.com/media/2008/09/chelsea-man-united.jpg

LONDON - Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester United apabila kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu bertemu buat kali pertama musim ini di Old Trafford esok.

Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.

Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Menurut pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku di mana pengalaman mereka musim lalu menjadi bukti terbaik untuk menyekat United.

"Awal musim lalu, kami berjaya menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan pertama. Namun, kami merosot tiba-tiba selepas itu.

"Situasi sama dilalui United sekarang. Jadi kami mahu menjadi pasukan yang berjaya mematikan terus semangat pemain United.

"Kami punya idea sendiri untuk melakukannya dan akan menterjemahkannya di atas padang nanti. Sukar itu memanglah cuma kami perlu berikan tumpuan lebih seratus peratus untuk melakukannya," kata pemain dari Serbia itu.

Jika menang kata Ivanovic, Chelsea mampu melakukan lonjakan hebat di samping meninggalkan parut yang mendalam kepada United untuk menghadapi saingan seterusnya.

"Ini ujian besar pertama kami musim ini untuk melihat bagaimana kami boleh mening- kat, memberikan yang terbaik dan mencatat keputusan yang diperlukan," tegasnya.

Cabaran barisan pertahanan Chelsea sudah pasti untuk menyekat Wayne Rooney yang sedang berada di puncak prestasi dalam mencipta jaringan.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson bercadang menyenaraikan semula penjaga gol, David de Gea dan pemain sayap lincah, Ashley Young dalam kesebelasan utamanya selepas direhatkan ketika seri 1-1 dengan Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah. - AFP

Projek Landasan Berkembar EDTP Jangka Siap Awal

Projek Landasan Berkembar EDTP Jangka Siap Awal

BUTTERWORTH – Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang Besar sejauh 329 km dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan pada 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan perkembangan projek yang berjalan lancar seperti yang dimaklumkan kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd.

“Saya difahamkan bahawa kerja-kerja pembinaan ini telah berjalan dengan lancar dan saya percaya projek ini akan siap lebih awal daripada yang dijadualkan 2014,” katanya ketika berucap selepas melawat tapak projek di Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini, memulakan lawatan di Pasar Awam Tasek Gelugor sebelum berjalan kaki sejauh 200 meter untuk melawat projek landasan tersebut.

Beliau berkata stesen EDTP di Tasek Gelugor itu akan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat apabila siap kelak.

Projek itu turut melibatkan pembinaan dua terowong iaitu Terowong Berapit dwilorong menembusi bukit granit bermula di portal Padang Rengas di Ipoh dan berakhir di portal Taiping, dan Terowong Larut sepanjang 330 meter, yang kini 96 peratus siap.

Bahagian lain EDTP Ipoh-Padang Besar sudah siap 100 peratus termasuk jejambat 27 km di Perak, dan Jambatan Ayun Prai yang baru di Pulau Pinang yang siap 58 peratus.

Terowong ini adalah antara bahagian utama projek bernilai RM12.485 bilion dengan landasan kereta api berkembar itu merentasi empat buah negeri – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis – dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2014. – BERNAMA

PM Bangladesh sahkan rakyatnya jadi rakyat Malaysia?

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan bahawa, sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.

Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.

Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.

Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah [www.ngoab.gov.bd]

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.

ReJaM© "Jika maklumat ini benar, Negara kita sedang digadai di depan mata..."

Pitt Anggap Perkahwinan Dengan Aniston Membosankan

Pitt Anggap Perkahwinan Dengan Aniston Membosankan

LOS ANGELES – “Kehidupan saya amat membosankan dan perkahwinan itu salah satu daripadanya,” itu ungkapan pertama Bratt Pitt ketika mengulas mengenai perkahwinannya dengan Jennifer Aniston.

Namun perkara paling bijak yang dilakukannya ialah menjadikan Angelina Jolie sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Itu penghargaan yang diberikan Pitt kepada Jolie dalam temu bual dengan sebuah majalah di Amerika Syarikat, Parade.

Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia cuba mencari watak yang mencabar dan menarik, namun kehidupannya dalam perkahwinan itu tidak mampu memberikan tarikan kepadanya.

“Saya rasa perkara itu ada kaitan dengan perkahwinan saya,” katanya.

Pitt mengahwini Aniston pada tahun 2000 selepas menjalinkan hubungan dengan bekas pelakon Friends itu pada 1990-an, namun mereka bercerai selepas Pitt membintangi filem Mr and Mrs Smith bersama Jolie.

Pengakuan berkenaan bakal memberikan tamparan kepada Aniston, yang kini terpaksa berdepan dengan berita ibunya, Nancy, 75, berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok. - MyNewsHub

Friday, September 16, 2011

Coach Cardiff mula beri perhatian kepada Safee

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/314368_219810228076302_150839094973416_618398_1208158829_n.jpg

Kami cuba untuk mengikuti perkembangan Safee Salee di laman Facebook beliau. Namun tidak banyak update yang diperoleh. Tetapi berdasarkan kepada update terkini, perkembangan Safee di Cardiff semakin positif dengan coach Cardiff City mula memberi perhatian kepada beliau.

Berikut adalah update dari admin di laman Facebook beliau,

"Perkembangan Safee di Cardiff semakin positif, dah dpt sesuaikan diri dgn suasana latihan dan rakan2 pasukan. Coach dah mula beri perhatian kpd dia dan meminta dia beraksi dlm setiap sessi latihan. Yg digemari ialah gaya permainan dan fiziknya. Safee dah mula jaringkan byk gol disana dan ini menarik perhatian coach. الْحَمْدُ لِلَّهِ! Kecederaan dah ansur pulih, dia makin selesa. Teruskan sokong dan doa."

-- Terkini Dunia

Gambar Safee Salee di Cardiff City


 
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/312132_219810311409627_150839094973416_618402_1107008662_n.jpg 
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/303262_219810261409632_150839094973416_618399_940415431_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/305228_219810294742962_150839094973416_618401_276604748_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/306424_219810321409626_150839094973416_618403_119945848_n.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...