Promosi Hebat
Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]
Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!
The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII
Sunday, September 18, 2011
BBC Sport Match Of The Day 17/09/11 Week 5 Mediafire Link
Download Link:
Blackburn vs Arsenal - Mediafire | Hotfile
Swansea vs WBA - Mediafire | Hotfile
Wolves vs QPR - Mediafire | Hotfile
Bolton vs Norwich - Mediafire | Hotfile
Everton vs Wigan - Mediafire | Hotfile
Aston Villa vs Newcastle - Mediafire | Hotfile
Full Show
http://www.fileserve.com/file/e2em2C2
or
http://www.filesonic.com/file/2036235461
sos: pakmans
Labels:
BBC Mediafire MOTD,
MOTD,
Sukan
City perlu contohi Man. United
![]() |
|
MANCINI (kiri) mahukan City sehebat United jika mahu bergalar juara.
|
LONDON – Roberto Mancini menasihati pemain Manchester City supaya
menjadi seperti jiran setempat mereka, Manchester United sekiranya mahu
bergelar juara.
Mancini mendedahkan pengiktirafannya kepada United dengan memberitahu
bahawa skuadnya perlu mempunyai mentaliti juara seperti jiran mereka
itu yang juga pencabar utama dalam Liga Perdana England.
The Red Devils telah berjaya mengatasi City dalam perebutan status pendahulu liga sebanyak dua kali musim ini.
Selepas City membelasah Tottenham 5-2 di White Hart Lane, United pula
memberi respons dengan membelasah Arsenal 2-8 di Old Trafford.
Kemudian apabila City sekali lagi mendahului liga hasil kemenangan
3-0 ke atas Wigan, The Red Devils sekali lagi mencuri tumpuan dengan
kejayaan 5-0 ke atas Bolton untuk merampas semula takhta pendahulu.
Biarpun City bermula dengan hebat, namun Mancini memberi amaran
supaya jangan mudah berpuas hati sambil menjelaskan mereka perlu
mencontohi sikap pasukan United.
“United sebuah pasukan yang hebat. Mereka telah biasa mencatat kemenangan sejak sekian lama,” kata pengurus dari Itali itu.
“Apabila mereka menentang Arsenal dan menjaringkan dua atau tiga gol,
mereka akan terus mencari banyak lagi gol. Kami memerlukan mentaliti
seperti itu.
”Kami telah tunjukkannya ke atas Tottenham dan apabila ia berlaku kamu kena teruskannya dan cari lebih banyak gol.
“Saya mahu pasukan kami mempunyai mentaliti kuat seperti United, AC Milan atau pun Barcelona.
“Semua pasukan ini telah memenangi Liga Juara-Juara atau pun kejuaraan liga di negara masing-masing.
“Kami perlu turun dengan semangat untuk menang, tetapi kami juga
perlu faham bahawa kami tidak mungkin selalunya menang kalau kami
bermain dengan baik.”
Malam ini Mancini sekali lagi perlu membuat pilihan gandingan
penyerang yang akan diturunkannya sama ada Sergio Aguero, Carlos Tevez,
Edin Dzeko atau pun Mario Balotelli. – Agensi
'Saya tidak akan tunduk'
VILLAS-BOAS tidak gentar berdepan suasana di Old Trafford.
|
LONDON – Andre Villas-Boas akan berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila berkunjung ke Old Trafford malam ini.
Pengurus baharu Chelsea itu akan berjalan di hadapan 75,000 penonton di Old Trafford untuk berdepan sebuah pasukan hebat, Manchester
United dan seorang pengurus yang memiliki reputasi dan pencapaian yang
hebat di dunia.
Alex Ferguson mula mengambil alih United ketika pengurus The Blues itu baru berusia lapan tahun.
Namun, Villas-Boas berkata: “Saya tidak akan tunduk dengan reputasi Alex Ferguson mahu pun suasana di Old Trafford.
“Sudah tentu saya rasa diri saya tidak setanding dengannya dan kamu
kena beri hormat kepada seseorang yang mempunyai reputasi dan pencapaian
hebat sepertinya.
“Kehebatan kami dalam segi permainan amat sedikit. Pada peringkat
ini, pemain yang akan menentukan apa yang akan berlaku, mereka yang akan
menggunakan bakat mereka dan bermain di atas padang.
“Apa yang kami boleh buat ialah membantu mereka menggunakan bakat mereka sebaik mungkin.”
Villas-Boas juga berjanji dia tidak akan menjadi mangsa kepada taktik psikologi Ferguson.
Jose Mourinho sebelum ini pernah menggelar Ferguson sebagai pengurus
yang hebat dalam perang psikologi sebelum perlawanan dengan Kevin
Keegan, Rafael Benitez dan Arsene Wenger sebagai mangsanya.
“Selain dengan perang psikologi ini, saya tidak tahu bagaimana untuk jelaskan situasi diri saya,” katanya.
“Saya akan tunggu dan lihat sama ada saya perlu membalasnya atau
tidak, tetapi bagi saya pemain yang lebih penting di dalam padang.
“Paling penting ialah pemain percaya kepada pengurus. Jika tidak, mereka akan fikir pengurus tunduk kepada tekanan.” – Agensi
Anwar Ibrahim sengaja rakam adengan seksnya?
RAMAI yang menghantar pesanan melalui email dan facebook, meminta ReJaM© buat ulasan tentang CCTV terbaru yang disiarkan oleh Papa Gomo.
ReJaM©
lihat ramai sahabat blogger dah buat ulasan masing-masing, tentang
video CCTV yang didakwa dirakam di sebuah apartment di Ampang.
Muak dah sebenarnya nak ulas cerita lucah ni, balik-balik cerita lucah, yang rugi rakyat, sebab bila meletop cerita lucah, cerita komunis dan macam-macam cerita bodoh United Malays No Otak, itu tandanya barang nak naik harga.
Akibatnya, rakyat terpekik terlolong fokus pada isu-isu bodoh, sampai tak sedar poket rabak kena rompak oleh pemerintah. Mark my words! Lepas keluar cerita lucah ni, kita lihat barang apa pulak yang akan naik harga?
ReJaM©
tak nak ulas panjang-panjang. Di bawah ini screenshot dari video CCTV
yang dikeluarkan oleh Papa Gomo, kononnya scene ini dirakam ketika Anwar
dan Eskay menaikki lift apartment sebelum kejadian seks berlaku.


Jelas sekali di dalam rakaman ini menunjukkan Eskay membawa handycam (perakam video). Kehadiran perakam ini turut disedari oleh lelaki mirip Anwar Ibrahim.
Apa kejadah nak main pelacur bawak perakam video? Dari sini menunjukkan bahawa kedua-dua individu di dalam video ini sudah merancang dari awal untuk merakamkan adengan seks.
ReJaM© "Warm up dulu sebelum pendedahan besar dibuat..."
Saturday, September 17, 2011
Kantoi: Pakaian Anwar Dalam Fitnah Video Seks II Tak Sama Dengan Fitnah Video Seks I
Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internetSaga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.
Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.
Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.
Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.
Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).
Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.
Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu. -mk

Ulasan GB
Begitu aneh, rakaman CCTV di lif berwarna tetapi di dalam bilik hitam putih.
Kedua seluar Anwar di lif berwarna hitam, di dalam bilik berwarna cerah.
Ketiga baju Anwar berwara ungu dan tidak masuk ke dalam seluar sewaktu di lif, tetapi di bilik baju seakan kemeja T dan dimasukkan ke dalam seluar.
Kan ker pembohong dan pendusta namanya tu?
Entah berapa Datuk T bayar papagomo, tetapi malang, KANTOI!
papagomo yang semakin gemuk.
Sebaiknya tidak perlu dilayan provokasi ini, GB lihat ia hanya desakan Datuk T dan "pihak tertentu" yang mahu menghidupkan semula isu ini.
Begitu aneh, rakaman CCTV di lif berwarna tetapi di dalam bilik hitam putih.
Kedua seluar Anwar di lif berwarna hitam, di dalam bilik berwarna cerah.
Ketiga baju Anwar berwara ungu dan tidak masuk ke dalam seluar sewaktu di lif, tetapi di bilik baju seakan kemeja T dan dimasukkan ke dalam seluar.
Kan ker pembohong dan pendusta namanya tu?
Entah berapa Datuk T bayar papagomo, tetapi malang, KANTOI!
papagomo yang semakin gemuk.
Sebaiknya tidak perlu dilayan provokasi ini, GB lihat ia hanya desakan Datuk T dan "pihak tertentu" yang mahu menghidupkan semula isu ini.
Sumber: Rakyat Marhaen
Chelsea idam 'goyang' United

LONDON - Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester
United apabila kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu
bertemu buat kali pertama musim ini di Old Trafford esok.
Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu
Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.
Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan
bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol
dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu
punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Menurut pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, dalam bola sepak, apa
sahaja boleh berlaku di mana pengalaman mereka musim lalu menjadi bukti
terbaik untuk menyekat United.
"Awal musim lalu, kami berjaya menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan pertama. Namun, kami merosot tiba-tiba selepas itu.
"Situasi sama dilalui United sekarang. Jadi kami mahu menjadi pasukan yang berjaya mematikan terus semangat pemain United.
"Kami punya idea sendiri untuk melakukannya dan akan
menterjemahkannya di atas padang nanti. Sukar itu memanglah cuma kami
perlu berikan tumpuan lebih seratus peratus untuk melakukannya," kata
pemain dari Serbia itu.
Jika menang kata Ivanovic, Chelsea mampu melakukan lonjakan hebat di
samping meninggalkan parut yang mendalam kepada United untuk menghadapi
saingan seterusnya.
"Ini ujian besar pertama kami musim ini untuk melihat bagaimana kami
boleh mening- kat, memberikan yang terbaik dan mencatat keputusan yang
diperlukan," tegasnya.
Cabaran barisan pertahanan Chelsea sudah pasti untuk menyekat Wayne
Rooney yang sedang berada di puncak prestasi dalam mencipta jaringan.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson bercadang menyenaraikan
semula penjaga gol, David de Gea dan pemain sayap lincah, Ashley Young
dalam kesebelasan utamanya selepas direhatkan ketika seri 1-1 dengan
Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah. - AFP
Labels:
Chelsea idam goyang United
Projek Landasan Berkembar EDTP Jangka Siap Awal

BUTTERWORTH – Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang
Besar sejauh 329 km dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan
pada 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan perkembangan projek yang
berjalan lancar seperti yang dimaklumkan kontraktor MMC-Gamuda Joint
Venture Sdn Bhd.
“Saya difahamkan bahawa kerja-kerja pembinaan ini telah berjalan
dengan lancar dan saya percaya projek ini akan siap lebih awal daripada
yang dijadualkan 2014,” katanya ketika berucap selepas melawat tapak
projek di Tasek Gelugor, di sini hari ini.
Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini,
memulakan lawatan di Pasar Awam Tasek Gelugor sebelum berjalan kaki
sejauh 200 meter untuk melawat projek landasan tersebut.
Beliau berkata stesen EDTP di Tasek Gelugor itu akan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat apabila siap kelak.
Projek itu turut melibatkan pembinaan dua terowong iaitu Terowong
Berapit dwilorong menembusi bukit granit bermula di portal Padang Rengas
di Ipoh dan berakhir di portal Taiping, dan Terowong Larut sepanjang
330 meter, yang kini 96 peratus siap.
Bahagian lain EDTP Ipoh-Padang Besar sudah siap 100 peratus termasuk
jejambat 27 km di Perak, dan Jambatan Ayun Prai yang baru di Pulau
Pinang yang siap 58 peratus.
Terowong ini adalah antara bahagian utama projek bernilai RM12.485
bilion dengan landasan kereta api berkembar itu merentasi empat buah
negeri – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis – dan dijadualkan siap
sepenuhnya menjelang 2014. – BERNAMA
PM Bangladesh sahkan rakyatnya jadi rakyat Malaysia?
SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan bahawa, sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.
Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.
Laman
itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan
Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja
Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di
Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.
Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.
Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah [www.ngoab.gov.bd]

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.
ReJaM© "Jika maklumat ini benar, Negara kita sedang digadai di depan mata..."
Pitt Anggap Perkahwinan Dengan Aniston Membosankan

LOS ANGELES – “Kehidupan saya amat membosankan dan perkahwinan itu
salah satu daripadanya,” itu ungkapan pertama Bratt Pitt ketika mengulas
mengenai perkahwinannya dengan Jennifer Aniston.
Namun perkara paling bijak yang dilakukannya ialah menjadikan Angelina Jolie sebagai ibu kepada anak-anaknya.
Itu penghargaan yang diberikan Pitt kepada Jolie dalam temu bual dengan sebuah majalah di Amerika Syarikat, Parade.
Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia cuba mencari watak yang
mencabar dan menarik, namun kehidupannya dalam perkahwinan itu tidak
mampu memberikan tarikan kepadanya.
“Saya rasa perkara itu ada kaitan dengan perkahwinan saya,” katanya.
Pitt mengahwini Aniston pada tahun 2000 selepas menjalinkan hubungan
dengan bekas pelakon Friends itu pada 1990-an, namun mereka bercerai
selepas Pitt membintangi filem Mr and Mrs Smith bersama Jolie.
Pengakuan berkenaan bakal memberikan tamparan kepada Aniston, yang
kini terpaksa berdepan dengan berita ibunya, Nancy, 75, berada dalam
keadaan kritikal selepas diserang strok. - MyNewsHub
Subscribe to:
Posts (Atom)

