Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, September 20, 2011

Ferguson Masih Belum Puas!


BIARPUN Manchester United berjaya menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam tadi, pengurusnya, Alex Ferguson masih belum berpuas hati.

United kini unggul di tangga teratas liga dengan lima kemenangan maksimum tetapi Ferguson berkata, banyak lagi yang perlu dipertingkatkan oleh anak-anak buahnya.

Ia termasuk selepas melihat Wayne Rooney mempersiakan sepakan penalti pada minit ke-57 dan bagaimana penyerang Chelsea, Fernando Torres terlepas peluang terbuka di depan pintu gol United.

“Ini satu perlawanan yang cukup menarik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan terbuka. Namun kami sendiri yang memberikan masalah kepada kami.

“Kami mudah memberikan bola kepada lawan di kawasan menyerang dan mereka berjaya melakukan beberapa serangan balas. Chelsea mampu mendapatkan dua atau tiga gol pada babak pertama.

“Tapi kami tetap berjaya mencipta cukup banyak peluang menerusi Nani dan Ashley Young. Ia memang kekuatan kami tetapi tidak disempurnakan dengan baik,” kata Ferguson.

Pada aksi malam tadi, United mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Chris Smalling (8), Nani (37) dan Rooney (45) sebelum Chelsea membalas satu gol menerusi Torres (46).

Sementara itu, pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas meratapi kekalahan sulung mereka itu dengan menganggap keputusan 3-1 sebagai ‘gila’.

“Satu aksi yang sangat pelik apabila permainan cukup terbuka dan kedua-dua pasukan memiliki cukup banyak peluang.

“Jika tuah lebih berpihak kepada kami, mungkin kami lebih dahulu berjaya menjaringkan gol.

“Kedudukan 3-0 pada babak pertama cukup gila dan sukar untuk kami bangkit pada babak kedua,” jelas Villas-Boas. – mynewshub.my

Dr. Seah Gagal Buktikan DNA Anwar

http://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/Kes-Anwar-Ibrahim-565x375.jpg

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang bukti saintifik yang kukuh untuk mengaitkan kewujudan DNA milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam salur dubur pengadu yang merupakan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.


Pakar DNA dari Sydney Australia, Dr. Brian Leslie McDonalds berkata, proses pengasingan DNA yang dilakukan oleh kedua pakar, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, tidak mengikut prosedur sepatutnya serta mengakibatkan kerosakan pada sampel yang menjadi bahan bukti kes.

“Proses mengenal pasti DNA itu gagal sepenuhnya kerana tidak menggunakan prosedur  yang  betul,” kata saksi ke-empat itu ketika berada di kandang saksi Mahkamah Tinggi Jenayah 3, di sini hari ini.

Menjawab soalan dari peguam Anwar, Ram Karpal, Dr. McDonalds memberitahu bahawa Dr. Seah hanya membuat kesimpulan sendiri ketika menguji sampel berkenaan tanpa mempunyai bukti saintifik kukuh untuk dikaitkan dengan DNA milik Anwar.

Menurut beliau, kedua pakar DNA tersebut tidak mengambil sampel secara terus dari dubur Saiful Bukhari dan sepatutnya membuat uji kaji berkali-kali untuk memastikan kewujudan DNA di dalam sampel tersebut sebelum membuat sebarang pembandingan dengan DNA Anwar.

Selain itu, pakar DNA upahan Anwar dari Australia itu juga mempertikaikan tindakan kedua pakar tersebut yang mengenepikan kewujudan satu lagi DNA yang tidak kenal pasti pemiliknya.

Mengulas lanjut, sampel yang diuji oleh kedua pakar itu juga bercampur aduk dengan beberapa sebatian lain yang sepatutnya diasingkan dari sampel DNA, diletakkan di atas ‘slide’ dan harus diuji di atas mikroskop berkali-kali sebelum disahkan sebagai bahan bukti.

Justeru itu, Dr. McDonalds menyimpulkan bahawa diagnosis oleh kedua pakar dari Jabatan Kimia Negara itu sebagai tidak berkreadibiliti dan boleh dipertikaikan kesahihannya.

Perbicaraan kes bela diri Anwar Ibrahim bersambung hari ini setelah ditangguhkan pada 20 Ogos lalu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Anwar, 64, diperintah untuk membela diri atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008 dan jika disabit kesalahan, beliau akan dihukum penjara 20 tahun penjara serta sebatan.

Hakim Mohd Zabidin menangguhkan sesi bela diri dan bersambung esok. - MyNewsHub

Monday, September 19, 2011

BBC Sport Match Of The Day 2 18/09/11 Week 5 Mediafire Link


Download Link:
Man Utd vs Chelsea - Hotfile Direct Link
Fulham vs Man City - Mediafire | Fileserve
Tottenham vs Liverpool - Mediafire | Fileserve

sos: pakmans

Arsenal makin hilang sentuhan

REAKSI barisan pemain Arsenal apabila Song (tengah) menjaringkan gol sendiri ketika menentang Blackburn Rovers di Ewood Park kelmarin.


LONDON - Arsenal terus dihantui nasib malang ekoran kekalahan mengejut 3-4 di tangan Blackburn Rovers dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Pada aksi di Ewood Park itu, skuad The Gunners terlebih dahulu di depan hasil jaringan Gervinho pada minit ke-10 sebelum Yakubu Aiyegbeni menyamakan kedudukan buat Blackburn pada minit ke-25.

Begitupun, Arsenal kembali menguasai perlawanan apabila berjaya meledak gol kedua menerusi Mikel Arteta untuk mendahului perlawanan sehinggalah tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, kesilapan tonggak pertahanan veteran Arsenal, Alex Song yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-50 ternyata memberi suntikan semangat buat Blackburn berjaya meledak satu lagi gol menerusi Aiyegbeni sembilan minit kemudian.

Tatkala The Gunners dilihat cuba kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan, Blackburn berjaya memperoleh gol keempat dan kali ini, Laurent Koscielny pula tertampan bola masuk ke gawang sendiri.

Meskipun Maroune Chamakh berjaya meledak gol ketiga buat Arsenal, namun jaringan tersebut sudah dianggap terlambat apabila keputusan 3-4 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan Arsenal setakat ini hanya mampu mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.

Mengulas kekalahan terbaharu yang dialami anak-anak buahnya itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, mereka masih lagi belum mampu melupakan kekecewaan tewas 2-8 kepada Manchester United di Old Trafford bulan lalu.

"Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun dalam pada masa yang sama, kami juga menjaringkan gol ke gawang sendiri. Situasi tersebut ternyata suatu yang sukar untuk difahami.

"Buat masa ini, barisan pertahanan kami sememangnya lemah kerana tahap keyakinan kami semakin luntur ekoran ekoran kekalahan di tangan United sebelum ini," kata Wenger.

Sementara itu, kemenangan yang dicipta ke atas Arsenal sememangnya suatu yang bermakna buat pengurus Blackburn, Steve Kean yang sebelum ini didesak untuk meletakkan jawatannya ekoran prestasi tidak menentu yang dipamerkan skuad kendaliannya.

Bagi Kean, kemenangan tersebut pastinya akan menutup mulut para pengkritik.

"Saya merasakan keputusan yang kami catatkan hari ini (kelmarin) telah menjawab segala persoalan dilemparkan ke atas kami dan saya harap segala-galanya akan berubah selepas ini," jelas Kean. - AFP

Chelsea sedia pinjamkan khidmat Torres

Fernando Torres misses open goal

LONDON - Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan kepada kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri kemarau gol yang dialaminya.

Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.

Keputusan itu dibuat sendiri oleh pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas dalam usaha mengembalikan semula prestasi sebenar Torres.


Cruel as you like: Torres has left De Gea for dead but fluffs his finish


Sebagai rekod, Torres hanya mampu meledak satu gol bersama Chelsea sejak dia dibawa masuk dari Liverpool dengan rekod yuran perpindahan termahal bernilai £50 juta (RM243.9 juta) awal tahun ini.

Situasi tersebut sekali gus telah menghadirkan kebimbangan buat Villa-Boas jika Torres terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dan hanya diletakkan di bangku simpanan.

Nightmare: Fernando Torres has struggled to make a major impact at Chelsea since his £50m move


Bagaimanapun, Villa-Boas akan terus memantau perkembangan Torres sehinggalah pintu perpindahan pemain dibuka semula pada Januari tahun depan sebelum membuat keputusan sama ada meminjamkan penyerang antarabangsa Sepanyol itu kepada kelab lain ataupun sebaliknya.

Buat masa ini, Chelsea tidak ada perancangan untuk menjual Torres kerana prestasi hambarnya telah menyebabkan nilainya jatuh di pasaran pemain. - Agensi

PM Itali berasmara dengan lapan wanita satu malam


SILVIO BERLUSCONI


ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang berusia 74 tahun mengaku dia pernah berasmara dengan lapan wanita dalam satu malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Beliau menyatakan demikian semasa berbual menerusi telefon dengan seorang ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini.

Dalam perbualan itu, Berlusconi menyatakan beliau hanya mampu berasmara dengan lapan daripada 11 wanita yang berada di luar rumahnya.

Panggilan telefon itu dibuat pada tahun baharu 2009.

Ia merupakan sebahagian daripada 100,000 intipan perbualan yang dirakamkan dan didedahkan untuk siasatan kes lapan individu yang dituduh membekalkan wanita teman sosial dalam parti anjuran Berlusconi. 

Salah seorang wanita teman sosial itu, Maria Teres De Nicolo, 38, mendakwa dia tidur dengan Berlusconi.

"Sebelum saya pergi ke partinya, saya diberikan wang AS$1,378 (RM4,258)," katanya.

Berlusconi menafikan melakukan sebarang salah laku dan membayar upah untuk tujuan seks. - Agensi

Fokus Safee tidak terjejas




PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Sebaik tiba di England awal minggu lalu, Safee sudah mula menambat tumpuan pihak pengurusan Cardiff City ketika menjalani sesi latihan bersama kelab tersebut.

Kecemerlangan Safee sepanjang mengikuti sesi latihan itu pastinya 'menutup mulut' laporan negatif segelintir media tempatan di Britain yang sebelum ini mempertikai isu permit kerja yang dikatakan menyukarkan Safee untuk beraksi di sana.

Bagi pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim, beliau menganggap isu tersebut seharusnya dijadikan pembakar semangat buat penyerang berbisa negara itu untuk memikat pengendali skuad The Bluebirds, Malky Mackay.

"Saya harap Safee terus fokus dengan latihan, selain mengelakkan dari sebarang hubungan atau aktiviti-aktiviti yang menganggu tumpuannya kerana ini misi terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

"Kecederaan otot yang menghantui Safee sebelum ini juga semakin pulih, dan Safee kini berehat selama dua hari sebelum kembali menjalani latihan Ahad ini (semalam)," katanya menerusi laman rasmi Facebook milik Safee semalam.

Terdahulu, segelintir pihak media di Britain mempertikai keputusan Cardiff menguji Safee yang didakwa tidak mampu menyelesaikan masalah di bahagian serangan The Bluebirds bagi jangka masa pendek.

Ia ekoran penyerang berusia 27 tahun itu dilaporkan perlu beraksi dalam kancah Liga Eropah terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada syarat mendapatkan permit kerja.

Masalah permit kerja itu bagaimanapun bukan satu masalah besar memandangkan Cardiff hanya beraksi pada saingan Liga Kejuaraan England, dan syarat mendapatkan permit kerja difahamkan lebih longgar dikenakan terhadap pemain berbanding beraksi bersama kelab dalam Liga Perdana England.

Jika syarat itu benar, usaha Safee untuk menyarung jersi Cardiff jelas tidak sesukar usaha sebuah lagi kelab, Queens Park Rangers (QPR) yang dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Safee.

Safee dijadualkan menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama dua minggu sehingga 27 September depan setelah mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya.

Bekas penyerang Selangor itu dikhabarkan telah berehat selama dua hari sebelum kembali menjalani latihan semalam setelah tidak mengikuti kunjungan Cardiff ke Newport, utara England bagi menentang Blackpool bagi aksi ketujuh Liga Kejuaraan England yang berkesudahan seri 1-1. - KOSMO!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...