Promosi Hebat
Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]
Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!
The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII
Monday, October 3, 2011
EPL Highlights Bolton vs Chelsea 02/10/11 Week 7 Mediafire Link
Download Link:
http://www.mediafire.com/?kzz7w3n31gsa51t
or
http://www.fileserve.com/file/Mazkvue
or
http://www.filesonic.com/file/2285164031
sos: pakman
Labels:
chelsea,
EPL,
Sky Sports,
Sukan
Sunday, October 2, 2011
Manchester United Lega Benam Norwich

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson tampak menarik nafas lega
apabila Norwich City gagal mengejutkan skuad bimbingannya itu pada aksi
Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.
Norwich kendalian Paul Lambert berjaya menguasai gelanggang lawan
sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada United hasil
jaringan lewat Anderson, minit ke-68 dan Danny Welbeck, minit ke-87.
Kemenangan itu membolehkan United melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri kepada 19 perlawanan.
“Rekod kami di laman sendiri cukup baik sepanjang dua musim ini. Aksi pada perlawanan ini bukanlah persembahan terbaik kami.
“Namun kami memiliki kecekalan dan sikap tidak berputus asa. Itulah kualiti yang kami miliki,” kata Ferguson.
Selepas tujuh perlawanan, United masih kekal di tangga teratas dengan
19 mata, hanya dibezakan jaringan dengan pasukan di tangga kedua,
Manchester City. - Mynewshub
Safiq Rahim Jalani Ujian Percubaan Dengan Cardiff

SHAH ALAM – Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dijangka
menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City
selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.
Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat
tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama ‘Blue Birds’ itu pada
26 Ogos lepas.
“Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali
dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana,”
katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di
Stadium Shah Alam.
Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.
Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq
berkata: “Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah,
kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya.”
Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di
Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama
dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk
Chan Tien Ghee.
Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam
kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja
di United Kingdom.
Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu
bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di
ranking 70 terbaik dunia. – BERNAMA
BBC Sport Match Of The Day 01/10/11 Week 7 Mediafire Link
Download Link:
Blackburn vs Man City - Mediafire | Fileserve
Man Utd vs Norwich - Mediafire *Pakman - Albiondean | Fileserve
Wolves vs Newcastle - Mediafire | Fileserve
Everton vs Liverpool - Mediafire *Pakman - Albiondean | Fileserve
Aston Villa vs Wigan - Mediafire | Fileserve
Sunderland vs WBA - Mediafire | Fileserve
*untuk link Man Utd vs Norwich dan Everton vs Liverpool, ada dua versi. satu dari Pakman dan satu lagi dari Albiondean. bezanya hanya dari segi kualiti video.
Full Show
Pakman
http://www.fileserve.com/file/EqsT2Df
or
http://www.filesonic.com/file/2279681281
Albiondean
http://www.fileserve.com/file/j6SHyW3
or
http://www.filesonic.com/file/2279902691
sos: pakman, albiondean
Friday, September 30, 2011
Amazon perkenal Kindle Fire, harga iPad 2, Samsung Galaxy Tab dijangka turun

NEW YORK - Amazon kelmarin memperkenalkan komputer tablet sesentuh keluarannya yang akan dijual di Amerika Syarikat (AS).
Kindle Fire yang mempunyai fungsi seumpama iPad keluaran Apple itu
dijual pada harga $199 (RM635), separuh harga lebih murah berbanding
iPad yang ada di pasaran sekarang.
Model asas Kindle sebelum ini digunakan untuk membaca eBooks. Namun,
gajet terbaharu itu akan menggabungkan ciri tersebut dengan kemampuan
untuk memainkan muzik, filem dan melayari Internet.
Pengguna juga boleh mengakses lebih 18 juta filem, program
televisyen, lagu, aplikasi, permainan video, buku dan majalah menerusi
laman web Amazon.
Gajet tersebut mempunyai skrin bersaiz tujuh inci, berbanding iPad 2
iaitu 9.2 inci. Tidak seperti iPad, Kindle Fire tidak mempunyai kamera
atau aplikasi untuk membuat panggilan video.
"Kindle Fire akan membawa semua hasil kerja yang diusahakan di Amazon
selama 15 tahun ke dalam satu perkhidmatan bersepadu untuk pengguna.
"Ia menawarkan permainan, muzik, carian laman web dan buku pada harga
hanya $199 (RM635). Ini merupakan produk premium yang ditawarkan pada
harga bukan premium. Kami akan menjual jutaan unit Kindle Fire," kata
Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos. - Agensi
Spesifikasi Kindle Fire
Design:
- Form Factor:
- Candybar
- Dimensions:
- 7.48 x 4.72 x 0.45 (190 x 120 x 11.4 mm)
- Weight:
- 14.57 oz (413 g)
the average is 17.6 oz (503 g)
- 14.57 oz (413 g)
- Colors:
- Black
- Form Factor:
Display
- Display:
- Technology:
- LCD
- Resolution:
- 1024 x 600 pixels
- Physical Size:
- 7.00 inches
- Touch Screen:
- Yes (Capacitive)
- Multi-touch:
- Yes
- Scratch-resistant glass:
- Yes
- Technology:
Software
- Smart Phone:
- Yes
- OS:
- Android
- Processor:
- Dual core, TI OMAP4
Multimedia
- Music Player:
- Yes
- Supports:
- MP3, WAV, MP4, OGG, MIDI
- Video Playback:
- Yes
Internet browsing
- Internet Browsing:
- Yes
- Supports:
- HTML
Organizer
- Calendar:
- Yes
- Document Viewer:
- Yes
- Supported formats:
- Office 2007, Office 2003
- Other formats:
- Kindle (AZW), TXT, PDF, unprotected MOBI and PRC
Messaging
- E-mail:
- Yes
Memory
- Built-in:
- 8192 MB
Connectivity
- Wi-Fi:
- Yes (802.11b, 802.11g, 802.11n)
- USB:
- Yes
- Type:
- microUSB
- Version:
- USB 2.0
- Headphones connector:
- 3.5mm
Availability
- Officially announced:
- Yes (28 Sep 2011)
- Scheduled release:
- 15 Nov 2011 (Official)
Labels:
kindle fire
Safee Sali: Jadual saya padat

“BUKAN saya tidak sudi untuk kembali semula (menjalani latihan)
bersama Cardiff City tetapi jadual saya begitu ketat ketika ini.
“Justeru, dakwaan kononnya saya (berpatah arang berkerat rotan) dengan kelab itu sememangnya tidak berasas.
Demikian kata penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali yang
menafikan dakwaan kononnya dia ‘merajuk’ untuk kembali menjalani
latihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.
Desas-desus negatif itu timbul dalam kalangan peminat bola sepak
tempatan ekoran kenyataan Safee yang dikatakan ingin mencuba nasib untuk
beraksi bersama kelab Australia pula selepas ini sebaik selamat
menjejakkan kaki di tanah air kelmarin.
Spekulasi tersebut diperkuatkan dengan peluang Safee yang dikatakan
pudar untuk menyarung jersi The Bluebirds lantaran masalah permit kerja
walaupun mendapat khabar gembira daripada Timbalan Presiden Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang
memberi jaminan untuk membantu ‘David Beckham Malaysia’ itu mengatasi
masalah berkenaan jika Cardiff mahu melamarnya.
Meskipun dikhabarkan akan dipanggil untuk dinilai semula selama dua
minggu lagi oleh pengendali The Bluebirds, Malky Mackay yang dilaporkan
berminat dengan kesungguhan, disiplin dan skil Safee sebelum ini, pemain
kelahiran Kajang, Selangor itu juga tidak pasti sama ada ia boleh
dilaksanakan pada waktu terdekat.
“Jadual saya begitu ketat. Selain mewakili (bekas pasukan) Selangor
bagi aksi Piala Sultan Selangor (esok), saya juga akan ke Australia
(mewakili skuad kebangsaan) bagi perlawanan persahabatan.
“Kalau ikutkan hati memang saya mahu kembali semula ke Cardiff. Bukan
senang untuk menjalani lati- han bersama pemain-pemain yang hebat di
sana dan jika tidak terpilih pun, saya langsung tidak menyesal.
“Tetapi saya sendiri tidak pasti bila saya boleh menyertai semula latihan di sana,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Safee sebelum ini selesai menjalani sesi pemilihan selama dua
minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu sejak pertengahan
September lalu sebaik mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya,
Pelita Jaya.
Menurut Safee, dia belum membuat sebarang perbincangan lanjut dengan
pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berhubung perkara itu, selain
tidak menolak kemungkinan akan merujuk perkara tersebut kepada Pelita
Jaya terlebih dahulu sebelum boleh mengulas lanjut.
“Saya juga tidak pasti bila akan kembali ke Indonesia kerana Pelita
Jaya pastinya memerlukan khidmat saya sebelum Liga Indonesia bermula (10
Oktober ini), jadi kita tengok dahulu macam mana,” kata- nya yang
mengakui masih keletihan selepas menempuhi penerbangan yang panjang dari
London kelmarin.
Ketika ditanya mengenai keinginannya beraksi di Australia, jelas
Safee: “Sebagai pemain, saya mempunyai sasaran sendiri untuk beraksi di
pentas yang lebih baik, terutamanya di Australia dan Eropah bagi
mengembangkan karier saya.
“Tetapi ia bukan bermakna saya tidak lagi mahu menyarung jersi
Cardiff, justeru saya harap semuanya faham,” katanya memohon tidak
disalahertikan. - KOSMO!
Labels:
safee salee,
safee sali
Thursday, September 29, 2011
KL Menang Anugerah Pengembaraan Dunia

BANGKOK – Kuala Lumpur muncul sebagai Destinasi Bandar Raya Terulung Asia pada Anugerah Pengembaraan Dunia 2011 di sini.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman web anugerah tersebut.
Pemenang kategori itu tidak diumumkan semasa Anugerah Pengembaraan
Dunia bagi rantau Asia dan Australiasia ke-18 yang diadakan di sebuah
hotel di sini malam tadi, kerana penerimanya tidak menghadiri majlis
tersebut.
Kuala Lumpur turut dikenali dengan menara berkembar tertinggi dunia
iaitu Menara Berkembar Petronas, beserta gabungan landskap moden dan
lama dengan gerai-gerai penjaja dan bangunan rumah kedai sebelum perang
dicelah-celah bangunan pencakar langit dan canggih.
Laman web itu turut mengumumkan Hotel Pan Pacific di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pemenang kategori Hotel Lapangan
Terbang Terulung Asia.
Bagi ketegori Malaysia; Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur diumum
pemenang Hotel Perniagaan Terulung Malaysia; Sheraton Imperial, Kuala
Lumpur sebagai Hotel Terulung; Sheraton Langkawi Resort sebagai Resot
Terulung dan The Westin Langkawi Resort & Spa sebagai Spa Resot
Terulung. – BERNAMA
Hudud: PR hormati pendirian PAS, terima perbezaan pendirian DAP

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang tidak akan
melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak
menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan
pembangkang menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa
yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang
pelaksanaannya.
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan
pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan
Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan
pembangkang di sini Rabu malam.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal
Singh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang bercadang untuk
melaksanakannya di negeri itu.
Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak
mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu. –
BERNAMA
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Kena

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di
laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di
Sweden.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais
Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan
Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang
menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.
Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini semalam.
“Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah
dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil
menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.
Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang
tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana
‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.
Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol
yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia
berhubung kes itu.
Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.
Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.
Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu
kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka
telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan jemaah menteri. — BERNAMA
Kami 'cuai' - Ferguson
![]() |
|
WELBECK meledakkan dua gol ketika United seri 3-3 dengan FC Basel pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
|
MANCHESTER - Alex Ferguson tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa
selepas Manchester United seri 3-3 dengan FC Basel pada aksi Liga
Juara-Juara awal pagi semalam.
Pengurus skuad The Red Devils itu menyalahkan benteng pertahanan yang
dianggap 'cuai' selepas pasukan itu mempersia-siakan kelebihan dua gol
hasil jaringan Danny Welbeck pada minit ke-16 dan 17.
Begitupun, Fabian Frei berjaya merapatkan jurang pada minit ke-57
sebelum Alexander Frei meletakkan Basel di depan hasil jaringan pada
minit ke-59 dan sepakan penalti (ke-76).
Ashley Young menyelamatkan United apabila menyumbat gol penyamaan
pada minit ke-90 tetapi ia tidak mampu untuk menggembirakan Ferguson.
United yang seri 1-1 dua minggu lalu masih gagal mencatat keputusan
yang positif dalam saingan Kumpulan C, sekali gus menduduki tempat
ketiga di belakang Basel dan Benfica.
"Kami cuai. Mereka mencipta dua atau tiga peluang gol pada babak
pertama tetapi kurang konsentrasi telah membunuh kami. Kami
mempersia-siakan kelebihan tersebut.
"Ia adalah satu persembahan yang baik pada babak pertama tetapi kami
gagal mempertahankan keputusan tersebut. Bagaimanapun, kami berjaya
mengelak daripada kekalahan.
"Sudah tentu, mesej pada waktu rehat adalah untuk menamatkan perlawanan itu kerana peluang yang mereka cipta pada babak pertama.
"Saya fikir, ia adalah satu peringatan, bolos tiga gol di gelanggang
sendiri. Pemain pertahanan dan tengah perlu lebih baik dari segi
konsentrasi.
"Mereka memiliki kemampuan tetapi jika kamu bermain secara santai,
kualiti dalam kempen Liga Juara-Juara akan menyebabkan kamu menderita."
Dalam masa yang sama, Ferguson turut mengkritik pengadil, Paolo
Tagliavento yang menghadiahkan sepakan penalti selepas Antonio Valencia
mengkasari Marco Streller pada minit ke-75. - AFP
Labels:
manchester united,
sir alex ferguson
Subscribe to:
Posts (Atom)

