Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Friday, August 19, 2011

‘Mourinho perosak bola sepak Sepanyol’


MOURINHO dilabel sebagai perosak bola sepak Sepanyol oleh pemain pertahanan Barcelona, Pique.



BARCELONA – Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique menuduh jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho sebagai perosak bola sepak Sepanyol.

Kenyataan itu dibuat Pique selepas aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp awal pagi semalam yang menyaksikan tiga pemain di- layangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas berlakunya pergaduhan.

“Mourinho telah merosakkan bola sepak Sepanyol. Semua mencari siapa pesalah dalam insiden ini. Ia ada di Madrid.

“Seseorang perlu mendapatkan semula video rakaman kejadian, lakukan analisis dan beritahu siapa yang harus dipersalahkan,” kata Pique.

Aksi panas telah berterusan sepanjang lima aksi el clasico pada musim lalu, sekali gus meningkatkan lagi permusuhan kedua-dua pasukan.

Bagi Pique, para pemain Real telah beraksi secara terlalu agresif.

“Saya sangat berharap semua orang berbicara tentang kehebatan perlawanan ini dan bukannya tentang keadaan huru-hara yang berlaku ini.

“Ini bukan pertama kali ia berlaku. Ia sentiasa melibatkan individu yang sama. Seseorang perlu tampil untuk menyelesaikan masalah ini,” jelas Pique.

Insiden panas itu bermula apabila Marcelo melakukan terjahan keras terhadap pemain gantian Barcelona, Cesc Fabregas pada penghujung perlawanan, sekali gus menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan termasuk di bangku simpanan bergaduh.

Sewaktu pergaduhan itu juga, kelihatan Mourinho menyusup di belakang penolong jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dan mencubit pipinya.

“Saya telah berlaku sopan keti- ka insiden itu dan bertindak seba gai seorang lelaki dengan tidak pergi ke arah sana. Saya tidak tahu Vilanova itu siapa,” katanya.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pula berkata: “Rakaman televisyen telah menceritakan segalanya. Ia akan menjadi lebih teruk jika tidak dihentikan segera.” – Reuters

1 comment:

  1. haha, lucu pun ad...siap buat muka itik lg coach nie....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...